diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...

Dec 14, 2009

IPT Perak menggegar

pada 12 dan 13 Disember 2009 telah berlangsung karnival wajadiri ipt kebangsaan kali ke-3. program tersebut telah berlangsung dengan meriah dengan penyertaan 32 buah ipt. skuad dari negeri perak telah menghantar 3 buah pasukan diwakili oleh utp, uitm perak, dan puo atas nama PSSCM IPT PERAK. dengan penyertaan seramai 33 orang termasuk pengurus, 3 pasukan ini telah berjaya memenangi 1 emas, 1 perak, dan 3 gangsa dengan setiap ipt berjaya mendapat pingat.

walaupun terdapat berbagai rintangan dalam melakukan persiapan menjelang hari pertandingan terutamanya dari segi latihan dan logistik, namun segala halangan tersebut berjaya ditempuhi bersama-sama. dengan masa yang agak terhad ekoran jadual peperiksaan yang berbeza bagi ketiga-tiga ipt, namun para peserta telah membuktikan bahawa setiap rintangan akan dapat diatasi sekiranya dihadapi bersama-sama. sememangnya telah banyak masa, tenaga, dan wang ringgit yang telah dikorbankan bersama-sama dalam melakukan persiapan serta penyertaan untuk program ini.

tiada kata yang mampu diucap untuk membalas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan. hanya kata terima kasih mampu dihulur atas segalanya. terima kasih kepada sahabat-sahabat dari utp kerana menyediakan penginapan, pengangkutan serta kemudahan lain untuk pasukan ini. juga terima kasih kepada ahli-ahli wanita utp kerana sanggup berkorban nama dengan bertanding atas tiket uitm perak dan puo. seterusnya terima kasih juga kepada sahabat-sahabat dari uitm perak yang sanggup mengorbankan waktu cuti mereka serta kesudian mereka untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam pasukan yang bertanding atas tiket utp. tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari puo yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan wang ringgit untuk menjalani latihan walaupun ada yang terpaksa berulang alik setiap hari tambahan pula mereka sedang menduduki peperiksaan akhir. akhir sekali tidak lupa kepada semua ahli yang membantu sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan yang telah kalian lakukan.

memanglah benar sekiranya sesuatu perkara itu jika kita lakukan secara bersama dan bersatu, pasti akan mendatangkan nikmat. walaupun tidak berjaya mencapai johan keseluruhan, namun sebenarnya Tuhan telah memberi kita lebih dari sekadar kemenangan. terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menafsirkan bentuk nikmat dan kurnia dariNya kepada kita. Tuhan itu maha adil dan saksama. marilah kita panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepadaNya atas nikmat ini.

diharapkan agar kesejatian dalam perhubungan ini dapat kita teruskan selagi nama Melayu itu tertegak atas muka bumi ini. janganlah kilauan pingat membuat kita lupa dan alpa pesanan guru-guru kita. sesungguhnya pertandingan ini hanya kulit yang perlu kita kupas agar nikmat kemanisan isinya dapat kita nikmati bersama-sama generasi demi generasi.

kita memang tak menang semasa pertandingan ini, kerana kita telah menang sebelum, semasa, dan harapnya selepas pertandingan ini.


hasil darah, peluh, dan air mata

petang tadi saya melihat seorang sahabat karib saya selamat menyelesaikan pengajiannya di utp. kini beliau hanya cuma perlu melakukan beberapa perkara sahaja sebelum beliau benar-benar bergraduasi. melihatnya seronok membuatkan saya juga berasa seronok untuk turut melonjak gembira. apakan daya, saya masih mempunyai satu semester lagi yang perlu saya tempuhi. tapi keseronokan yang beliau rasakan itu membuatkan saya kembali bersemangat untuk turut merasai keseronokan yang sama. Insya Allah...

buat jawa, tahniah. aku bangga dengan kau. semoga kau akan lebih berjaya dalam menempuh alam pekerjaan. juga buat insan-insan lain yang akan bergraduasi, tahniah untuk kalian dan juga semoga kalian akan lebih berjaya pada masa akan datang.



Nov 16, 2009

permintaan ketiga

cerita di bawah hanya merupakan rekaan. adaptasi dari beberapa kisah-kisah jalanan. tiba-tiba saya terasa seperti hendak menulis sebuah cereka. temanya, cinta.


/*--------------------------------

tersebut kisah sepasang kekasih muda di sebuah tempat tak bernama. si lelaki biarlah dinamakan Adam. manakala si perempuan kita gelarkan sebagai Hawa. Adam sangat mencintai Hawa, dan begitu jugalah Hawa. maka untuk dijadikan cerita, terjadilah perpisahan di antara mereka. Adam terpaksa berhijrah ke tempat lain bagi mengejar masa depan yang gemilang demi kebahagiaan mereka berdua kelak. maka berkatalah Adam kepada kekasih hatinya, Hawa.

A: minta maaf aku terpaksa meninggalkanmu. demi masa depan kita, aku terpaksa berhijrah.
H: janganlah kau tinggalkan aku. aku pasti akan rindukanmu.
A: maaf cinta hatiku, aku tak sanggup melihat kau menderita apabila kita bersama kelak. biarlah aku ke kota demi memperbaiki kehidupan ku, agar kau bahagia nanti apabila kita ditakdirkan bersama.
H: sesungguhnya aku tak sanggup kehilanganmu.
A: aku hanya mengharapkan kepercayaan darimu. tunggulah aku. aku akan pulang ke sini.
H: kalau begitu, berjanjilah padaku. berjanjilah padaku yang kau akan kembali, berjanjilah padaku yang kau akan setia padaku, dan berjanjilah padaku bahawa kau hanya akan memandangku sepanjang hayatmu tanpa kau memandang wanita lain.

Adam hanya diam dan membalas dengan senyuman. dengan tenang dia membalas, "aku terpaksa pergi sayangku. jumpa lagi". lantas, meninggalkan Hawa resah tanpa jawapan.

pemergian Adam membuatkan Hawa berasa amat sedih. tambahan tiada jawapan yang diberikan Adam atas ketiga-tiga permintaan Hawa. lalu, menangislah Hawa sehari-harian. siang dan malamnya hanya ditemani tangisan kerinduan tak henti-henti. kehidupannya yang dulunya riang kini diselaputi duka. Hawa risau jika kehilangan Adam dalam hidupnya. Hawa tahu di kota lebih ramai wanita yang lebih cantik dan baik darinya. tambahan dengan sifat-sifat kelakian sejati yang ada pada Adam pasti akan membuat semua wanita jatuh hati padanya.

kesedihan yang melanda diri Hawa telah menjejaskan kesihatannya. akibat menangis tanpa henti siang dan malam, Hawa telah kehilangan sifat melihatnya. matanya menjadi rosak akibat terlalu banyak menangis. maka hidup Hawa boleh diumpamakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. terlalu malang dirinya. sudahlah kekasihnya tiada di sisi, kini dia pula menjadi buta. maka gelaplah hidupnya dalam menjalani kehidupan yang mendatang.

...........................

lima tahun berlalu telah membawa sekali masa beredar. hidup Hawa masih begitu. diselubungi ketidak pastian ekoran tiada langsung berita yang diterimanya dari Adam. namun kehidupannya harus diteruskan seperti biasa. dia harus lari dari kesedihan dan meneruskan hidupnya seperti insan lain. maka hiduplah Hawa seperti orang lain yang memiliki nasib serupa dengannya.

dalam Hawa berjuang meneruskan hidupnya, datanglah satu berita baik untuknya. ada seorang insan prihatin yang sudi untuk mendermakan matanya kepada Hawa. lalu, diterimalah oleh Hawa dengan rasa syukur dan redhanya kepada Ilahi. peluang melihat kali kedua ini tak akan dipersiakan olehnya. terutama untuk menangisi lelaki seperti Adam yang menghilang diri tanpa sebarang khabar.

maka satu pembedahan telah diatur, dan dengan kehendak Tuhan segalanya berjalan seperti yang dirancang. kini Hawa boleh melihat semula. bersyukurlah dirinya setelah diberi peluang kedua untuk melihat. maka berkatalah akan tuan tabib kepada Hawa, "penderma matamu kami tempatkan di wad bersebelahan. kamu hanya dibolehkan untuk melawatnya pada waktu yang ditetapkan." maka setelah reda semuanya, melangkahlah Hawa ke wad bersebelahan untuk menemui penderma matanya. setibanya Hawa ke katil si penderma, didapati si penderma telah tiada. namun yang ditemuinya hanya secebis kertas bertulisan tangan. tulisannya buruk. seperti ditulis oleh "si buta". namun Hawa seperti tertarik mahu membaca tulisan itu. maka dibacalah olehnya.

kepada hawa,
aku minta maaf. aku tak mampu menunaikan permintaanmu yang ketiga....

lalu berderaulah darah Hawa membaca nota itu. dalam kesangsian itu, masuklah seorang pemuda ke dalam wad tersebut. dan ternyata, apa yang terlintas di minda Hawa adalah benar belaka. pemuda buta itu sangat dikenalinya. terakhir mereka bertemu adalah lima tahun dahulu.

----------------*/

terdapat sesetengah orang yang semakin melupai asal dan usulnya. nama seperti khatijah bertukar menjadi kat atau kathy, salmah menjadi sally, dan sebagainya. jika hanya pada nama mungkin tidak mengapa. tapi bagaimana jika kepercayaan dan budaya sudah berselang seli antara yang asli dan yang tidak? berbaju melayu tapi meneguk Heineken, berkopiah tapi berjudi, berhalkum tapi memakai coli. malah beristeri tapi masih enak-enak berzina. sebagai orang baik (kononnya), mari kita fikirkan dan bertindak mana yang perlu (mengumpat di belakang seperti yang selalu kita lakukan) agar gejala ini tidak turun ke lapis-lapis seterusnya (kita tak akan pernah kisah kalau tak kena batang hidung sendiri). gambar di bawah sekadar hiburan.



click untuk besarkan

Nov 5, 2009

aku budak bodoh 3

aku bercakap,
terus bercakap,
membebel dan membebel,
kesudahannya hanya itu.

siapa yang mahu mendengar aku bercakap,
suaraku tak merdu,
bahasaku longgar,
ayatku celaru.

dari bercakap,
lebih baik aku buat,
buat, buat,
dan senyap,
biar tak siapa tahu.

oh Tuhan,
segala-gala yang ada,
adalah milikMu belaka,
tiada satu yang menjadi hak diriku,
walau sekelumit hama.

oh Tuhan,
berikanlah aku apa yang selayaknya untuk aku,
janganlah Kau palingkan aku dari landasanMu,
hindarkan aku dari kekusutan dunia,
pelihara aku dari segala nikmat melakukan dosa.

oh Tuhan,
tetapkanlah hatiku,
dalam apa jua kepercayaanku,
dalam apa jua bidangku,
dalam apa jua yang tersemat di rasa cintaku,
kepadaMu,
kepada ketiga-tiga,
kepada mereka dan mereka,
kepada siapa jua yang aku cinta.


gambar sekadar hiasan

Nov 4, 2009

kenapa kau ada?

pernah kamu terfikir, mengapa kita dihidupkan? kenapa kita perlu hidup? apa tujuannya kita hidup? apa tujuannya kita berada di dunia ini? sedangkan hujung hidup kita ini pasti mati. tiada apa yang tidak mati. mati itu pasti. dah jika begitu, mengapa perlu susah-payah kita teruskan hidup?

saya percaya mesti ada suatu sebab mengapa kita dihidupkan. dari sekecil-kecil sebab ke sebesar-besar sebab. saya bukan nak jadi ustaz ataupun professor di sini. cuma pada suatu ketika, saya dan beberapa orang teman telah membincangkan akan hal ini. asalnya dari sembang-sembang kosong, tapi akhirnya melarat memasuki topik yang membuatkan kami tak tidur malam (kami memang tak pernah tidur malam).

saya percaya setiap dari kita mempunyai fungsi atas sebab wujudnya kita di alam nyata ini. dan bila dikatakan tentang fungsi, pasti kewujudan kita yang sebenarnya tidak wujud ini berkait dengan segala macam hal di sekeliling. sesama manusia, alam sekitar, masyarakat, mahupun negara.

pernahkah kita terfikir, adakah sebenarnya kita diwujudkan untuk diri kita sendiri? ataupun sebenarnya kita diwujudkan supaya kita mampu memberi kesan terhadap perkaitan-perkaitan yang saya sebutkan tadi?

baiklah, mari kembali bercakap tentang fungsi. apakah fungsi? menurut kamus yang ada di atas meja saya (dipenuhi habuk!), fungsi membawa maksud menjalankan suatu tugas yang tertentu, atau lebih mudah dikatakan sebagai tugas. dan seterusnya jika kita pernah terfikir, bahawa fungsi sesuatu objek/perkara itu langsung tidak pernah (kebanyakannya) berkaitan dirinya sendiri. sebagai contoh, fungsi enjin adalah untuk menggerakkan kereta (betul ke?). manakala yang menggerakkan enjin adalah petrol (tak kisahlah RON95 atau RON97). kereta dan enjin itu tak akan pernah mampu bergerak sendiri. ia memerlukan pihak lain untuk membuatnya berfungsi.

lantas, mari kita kembali kepada persoalan. apakah fungsi kita? untuk siapakah perlu kita berfungsi? untuk bersifat lebih semantik, saya akan gantikan perkataan "fungsi hidup" dengan "tujuan hidup".

saya pasti ramai yang sudah maklum bahawa persoalan-persoalan ini sebenarnya sudah terjawab sebelum timbulnya soalan-soalan yang saya nyatakan tadi. saya pasti ramai yang akan menjawab, "Allah S.W.T menciptakan kita untuk menghambakan diri kepadaNya", termasuklah saya jika ditanya soalan serupa. sebagai seorang Muslim, saya juga berpegang pada kenyataan ini. tidak ada satu tugas yang paling penting sebagai seorang manusia selain menghambakan diri kepada Yang Maha Mencipta. namun, biar saya ubah soalan-soalan saya. bagaimanakah kita menghambakan diri kepadaNya? apakah tugas-tugas yang perlu kita lakukan bagi memenuhi tuntutan fungsi kita sebagai seorang manusia? bagaimanakah yang dikatakan hamba? seorang atau segolongan? sayakah? kamukah? atau kitakah?

kitar hidup seorang manusia biasa bermula dari kelahirannya. seterusnya meningkat dewasa dan berkerjaya. setelah kehidupannya kukuh, mereka mula berkeluarga dan beranak-pinak. setelah puas mengumpul harta, mereka akan mati, dan generasi seterusnya akan menyambung kitaran yang sama. beginikah sebenarnya hidup? jika begini, alangkah mudahnya kehidupan.

ada tiga jenis manusia di dunia ini. pertama, yang sudah tahu tujuan hidupnya. kedua, yang belum tahu tujuan hidupnya dan masih mencari-cari. ketiga, yang tak pernah terfikir apakah tujuan hidupnya. kita di mana?



seorang, berdua, atau bersama-sama?

Oct 26, 2009

usaha tangga kejayaan?

sebentar tadi saya ada terbaca blog seorang kawan (bobo) mengenai rezeki. dan saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulisnya.

ada suatu cerita yang saya suka untuk kongsi bersama, walaupun ia bukan cerita mengenai saya. cerita ini tentang seseorang yang saya kenal (nama terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan beliau menjadi riak).

beliau merupakan seorang pelajar (bekas). kehidupannya di kampus sangat mencabar dan sukar. berbagai ujian yang terpaksa beliau tempuh sepanjang tempoh pengajiannya di universiti. beliau pernah mengaku segala yang terjadi adalah disebabkan kelemahan serta kealpaannya. namun, sebenarnya jasa beliau kepada orang lain amat besar. walaupun diri serba kekurangan, beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi apa yang ada. walaupun diri dilanda masalah, beliau tidak pernah jemu untuk menyelesaikan masalah orang lain. walaupun masa depannnya tidak menentu, beliau selalu mengingatkan saya agar mengejar masa depan yang gemilang.

dalam kesamaran dan kekalutan mencari hala tuju, satu peluang telah datang secara tiba-tiba di hadapan mata. saya ada di situ pada ketika peluang itu datang. dan kini, Alhamdu Lillah, beliau berjaya merebut peluang itu. beliau telah diterima untuk bekerja di sebuah syarikat. dan yang lebih bererti, kerja tersebut merupakan kerja yang amat beliau minati. tawaran itu memang datang secara tiba-tiba. bukannya beliau minta, bukannya beliau cari. dalam satu majlis yang tidak berkaitan langsung dengan hal perkerjaan, datang seorang teman bertanyakan kepada beliau jika beliau berminat dengan satu kerja. dan ternyata rezeki itu milik Allah S.W.T dan Dia bebas untuk memberi pada siapa yang Dia kehendaki.

ramai orang berusaha demi mengejar matlamat yang mereka impikan. tetapi berapa ramai yang bergantung hati sepenuhnya kepada Yang Maha Memberi? memang benar usaha itu tangga kejayaan. tetapi siapakah yang memberi kita kudrat untuk mendaki tangga tersebut? ramai orang mengaku mereka bertawakkal setelah mereka berusaha. tetapi sebenarnya mereka bertawakkal atas usaha mereka, bukan Tuhan mereka. jika mereka berjaya, akan terkeluarlah dialog "Tuhan telah memberi aku itu dan ini kerana usaha aku. jika aku tidak berusaha, mustahil lah aku berjaya sebegini." dan jika mereka gagal, ini pula kata mereka "segalanya sudah suratan. lepas ni aku kena berusaha lebih gigih demi kejayaan". ayat-ayat tersebut nampak macam betul. tetapi jangan kerana ayat yang nampak macam betul, kita memperjudikan aqidah kita.

kita perlu sedar yang kita ini tidak lebih dari sebutir habuk di padang pasir yang luas. malah, mungkin lebih halus dari itu. sedangkan kita mampu bernafas ketika jaga dan ketika tidur kerana ihsan Allah terhadap kita, apakan pula gerak yang kita lakukan seumur hidup. saya tidak nafikan yang kita perlu usaha. usaha itu perlu. tapi jangan biarkan usaha itu menutup kebergantungan kita terhadap Allah. usaha, doa, dan tawakkal. gerak usaha itu kurnia dari Allah, qauli, fi'li, dan qalbi doa itu kurnia dari Allah, malah kebergantungan hati kepada Allah itu juga kurnia dariNya. tidak ada satu apa pun lahirnya dari kita. tidak ada satu apa pun.

maafkan saya jika saya salah. saya masih bodoh. betulkan saya.

Oct 17, 2009

mimpi along

beberapa hari lalu, seperti hari-hari lainnya, saya akan tidur seperti biasa. dengan gaya tersendiri serta beberapa bunyi sebagai penyeri malam yang sepi, saya leka dan hanyut dibuai mimpi. namun mimpi saya pada malam itu memberi suatu perasaan yang berbeza dengan lazimnya.

pada peringkat muqadimah, pengembangan, dan klimaks cerita mimpi tersebut tidak perlulah saya ceritakan. ia hanya sekadar mainan tidur dan tiada sebarang makna yang signifikan. cuma yang ingin saya ceritakan adalah pada hujung mimpi tersebut. pengakhiran mimpi tersebut membuat saya terjaga lantas termenung.

hujung mimpi tersebut, saya telah didatangi oleh seorang kanak-kanak perempuan. saya kira umurnya lebih kurang 3 atau 4 tahun. mukanya bulat dan bersih, rambutnya halus dan separas bahu, giginya penuh dan rata, kulitnya putih, matanya bulat dan bersinar. dia datang berlari-lari ke arah saya sambil memanggil saya, "along, along". suka benar dia bila saya belai rambutnya. dan dia sungguh leka bermain-main dengan saya.

tidak lama, saya terus terjaga tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. sejurus terjaga, saya bagaikan terdengar suatu suara, "along, jangan pergi. jangan tinggalkan kita sorang-sorang. kalau along takde, siapa nak main dengan kita. along, jangan pergi." saya tergamam dan termenung. walaupun saya tahu itu hanya mimpi, tetapi suatu rasa sayup dan syahdu terbit dalam diri saya. entah mengapa, saya teringat pada anak kecil itu dan terasa bagaikan dia wujud di alam nyata ini.

mimpi tersebut telah sedikit memberi kesan terhadap kehidupan saya sejak kebelakangan ini. sering saja terasa syahdu bila terkenangkan adik-beradik yang lain. sudah lama tidak ketemu. rupanya bukan senang berpangkatkan dengan nama "abang". dua kata kunci yang sinonim dengan pangkat ini; "pengorbanan" dan "tanggungjawab". oh, ia amat berat! sungguh benar ia amat berat dan sukar.



banyak betul masalah sekarang ni. masalah besar, masalah kecil dan bukan masalah yang dah pun jadi masalah. aku pun tak tahu macam mana gayanya aku nak selesaikan masalah-masalah ni. ada yang boleh aku selesaikan. tapi tiada kesempatan. ada yang berpuluh kali ku cuba, namun tak selesai-selesai, ada pula yang membuat aku menekap muka ke bantal, cuba menghilangkan ingatan aku terhadap masalah tersebut.

aku masih manusia biasa. punya dua tangan, dua kaki, satu akal. mana mampu aku menoleh ke kanan ketika ku menoleh ke kiri. mana mampu aku ketawa dalam aku menangis. aku masih manusia biasa.

tutup cerita keresahan. keluh-kesah ku di atas hanyalah permainan sandiwara nafsuku yang mahu 24 jam dibelai keenakan duniawi. cerita ku tadi hanyalah sekadar mahu meraih simpati kamu agar rela melepaskan aku dari tanggungjawab.

dalam diam aku membaca satu tulisan. tulisannya pendek. tapi maknanya dalam dan jauh. tulisan itu aku baca setiap hari. dan aku menanti-nanti tulisan yang lain. bila aku baca, aku terasa seperti tulisan itu untuk aku. lalu membuatku baca berulang-ulang.

sekali pabila kita memegang suatu pendirian, peganglah dengan hati. pabila terasa keyakinan mula tergugat dek bisikan halus, kuatkan pegangan, teruskan langkah, mara dan terus mara berbekalkan kepercayaan dan pendirian.

sememangnya sudah terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kerana tanggal 1 Syawal sudah lebih seminggu berlalu. namun izinkanlah saya mengucapkannya sekarang.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


kekerapan berada di hadapan PC tidak mengizinkan saya untuk terus-terusan menghasilkan entri-entri baru. jadi saya mengambil kesempatan sempena kelas akademik yang ditangguhkan pada petang ini untuk menulis.

Aidil Fitri:
4, 5, dan 7 Syawal lalu telah mempertemukan saya dan beberapa teman sekolah yang agak sudah lama tak bertemu. walaupun tidak banyak rumah yang sudah kami kunjungi, namun pertemuan itu sudah cukup memberi erti kepada saya. kami berbual dan ketawa. tetapi kami lebih banyak ketawa.
namun saya agak terkilan kerana masih tidak mendapat pelepasan pada raya ketiga. tidak mengapalah, tahun hadapan saya akan cuba lagi.
Aidilfitri kali ini memberi saya kelainan dari segi penghayatan. apa yang dikata saling bermaafan itu begitu menusuk jiwa saya. mungkin kerana pada tahun ini kutipan duit raya saya semakin berkurangan. lantas memberi saya lebih fokus untuk memohon kemaafan dari orang lain. tahun hadapan saya tak pasti apa yang akan berlaku.

Pelajaran:
saya ada membawa balik tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun tanpa sempat saya memegang pena, tugasan itu saya simpan kembali ke dalam beg. keseluruhannya, saya telah membaca sebanyak 1 1/2 muka surat. oh, lebih baik dari tidak membuat apa-apa! sekembalinya saya ke UTP, rasa malas begitu menjadi-jadi. bagaikan ada belenggu yang menghalang saya untuk ke kelas dan menyiapkan tugasan. maklumlah, iblis dan syaitan sudah terlepas dari belenggu mereka sejak 1 Syawal. oh, kini saya menyalahkan mereka pula. kenapa saya tak menyalahkan diri sendiri?

Lain-lain:
Chelsea telah kalah kepada Wigan 1-3 di tempat lawan pada perlawanan EPL 7 Syawal yang lalu. berikutan itu, beberapa orang kawan telah mempersenda dan mengejek saya. namun saya akan tetap terus menyokong pasukan kegemaran saya ini. walau mereka di tangga terbawah liga, walau mereka terlepas ke divisyen kedua. saya akan tetap bersama. saya menyukainya bukan kerana kehebatan, bukan kerana prestij, bukan kerana rupa. saya menyukainya kerana ia adalah ia seadaanya. begitu jugalah untuk yang lainnya. saya akan tetap terus suka.

terbaru, saya melihat gambar kawan-kawan sekolah saya. kebanyakan mereka sudah kelihatan lain dari segi susuk tubuh dan penampilan. yang dulu kecil molek, kini kelihatan lebih berisi (termasuk saya agaknya), yang dulu tidak tahu berpenampilan kini sudah pandai bergaya. mereka kini kelihatan lebih hebat berbanding zaman sekolah dulu. namun begitu, wajah-wajah mereka masih saya kenali (bagi yang tidak melakukan suntikan botox) dan nama mereka mampu saya ingat siap berbin dan berbinti.

dahulu di sekolah, kami melalui susah dan senang bersama. walaupun ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku, namun pada saya itu adalah asam garam dalam berkawan. saya masih ingat kami pernah didenda berlari keliling sekolah, didenda bermain gitar dan menyanyi di dataran perhimpunan pada pukul satu pagi, berlatih kawad kaki, "menyertai sukan lompat pagar pada waktu malam", dan berbagai aktiviti lain yang terkesan di hati saya. semuanya memberi seribu kenangan kepada saya secara peribadi. kini semua itu tiada lagi. masing-masing sudah mempunyai arah tuju sendiri dalam mencorakkan masa depan. setakat yang saya tahu, kawan-kawan saya sudah punya asas dalam membina kehidupan bekerjaya. Alhamdu Lillah.

pada hari pertama saya menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), semuanya begitu asing pada saya. tiada siapa yang saya kenal dan saya sungguh risau jika tiada siapa yang ingin berkawan dengan saya. iyalah, pada waktu itu saya masih budak-budak dan mereka kelihatan besar-besar belaka. tambahan pula, budak kampung seperti saya bukanlah pandai bersosial seperti ramai kawan-kawan saya yang lain. mereka kelihatan senang mesra sesama sendiri, sedangkan saya masih terpinga-pinga mencari kawan. saya amat sedih pada waktu itu. justeru itu, memalukan diri sendiri adalah antara perkara yang boleh saya lakukan untuk menarik perhatian mereka. namun saya silap, mereka adalah orang baik-baik. mereka sanggup menerima saya sebagai kawan walau siapa pun saya. walau saya selalu diejek, sebenarnya itu adalah saat bermakna bagi saya. pada hari terakhir saya bergelar pelajar sekolah, saya menangis. saya menangis di tangga. ketika itu hanya ada seorang yang bersama saya. koja namanya(bukan nama sebenar). saya menangis semahu-mahunya. bagaikan tidak percaya bahawa hari itu saya terpaksa berpisah dengan semua kawan-kawan saya. kami berkongsi kehidupan selama lima atau dua tahun bersama-sama. tak akan saya boleh lupa begitu sahaja. mereka sudah seperti keluarga pada saya. saya sayang mereka.

walaupun kini sudah amat terhad untuk kami saling berjumpa, sebenarnya saya sentiasa ingat dan rindu pada mereka. terbaru, mereka ada berkumpul di sebuah tempat percutian dan saya tidak berkesempatan untuk hadir. saya lihat gambar mereka, dan saya pasti mereka cukup gembira. saya amat senang melihat mereka gembira.

kepada rakan-rakan SAKTI sekalian. saya mohon maaf jika saya amat kurang bersama-sama kalian. bukanlah niat saya untuk mengelak, atau lupa pada kalian. namun kebanyakan masa saya kini sudah diperuntukkan untuk sesuatu. dan sesuatu itu sudah menjadi kehidupan saya sekarang. namun saya masih saya yang kalian kenal dahulu, cuma dalam versi berbeza. Insya Allah, akan saya cuba usahakan mencari kelapangan untuk bertemu kalian. walaupun kalian tiada di mata, hati saya tetap terkenang-terkenang.

satu pesan saya kepada kawan-kawan semua, ingatlah siapa diri kita dan mana asal kita walau di mana kita berada. saya tidak kesal menjadi nakal dahulu jika itulah jalannya untuk saya menerima nasihat. saya harap kalian juga begitu. saya sayang kalian, sebab itulah saya memberitahu.



(kepada rakan-rakan SAKTI, sila tinggalkan nombor telefon anda yang terbaru. telefon bimbit saya yang lama telah rosak)






beberapa gambar jadi kenangan

Sep 12, 2009

menikmati ikatan hati

mengungkap erti persahabatan penuh erti. menjulang erti persaudaraan bertunjangkan keikhlasan. enak bicara baik budi hanya gambaran luar. tiada erti tanpa ikatan hati serta hakikat persaudaraan yang difahami.

istilah umum memberi erti kawanan manusia sama perasaan. rupa bagaimana dikatakan sebenarnya perlu dilalu. demi merasai dan menikmati tauliah hati yang telah diselami. meniti riang dan tangis senang dikongsi. kerana riang dan tangis itu tergambar berbentuk fi'li. mana hanya yang mengerti air mata dalam ketawa barulah menepati satu inti dari ciri.

bukan masa jadi ukuran. bukan kata jadi sandaran. biar hati seiringan dengan perasaan. letakkan rasa itu di hati. terima segala ehwal peribadi tanpa dikira walau seinci. setiap ceruk muka hati dikenali dan diterima tanpa kata. walau penuh titik noda, disyukuri akannya nikmat kurnia. dengan noda itu putihkanlah kegelapan.

Sep 11, 2009

aku budak bodoh 2

siapalah aku untuk menilai
sungguh aku tak pandai

siapalah aku untuk mencaci
sedangkan aku juga manusia keji

siapalah aku untuk berbangga-bangga
padahal aku tak punya apa

siapalah aku untuk berbalah-balah
awal-awal pasti dah kalah

siapalah aku untuk dicari
hidup pun serupa mati

siapalah aku untuk menasihati
diri sendiri pun masih mencari erti




menyelusuri dunia sepi, sering dihinggapi soalan demi soalan. ada terjawab, ada tak terjawab. ada berjawapan, ada dibalas kembali persoalan demi persoalan. namun sedikit demi sedikit terungkai ikatan kebebalan yang bersarang di minda senget insan kerdil penghuni dunia. melonjak gembira sang jiwa tika disuapi halwa rohani yang memberi secebis harapan bahagia. punahlah ia tika ribut melanda dalam tenang sungai mengalir ke muara. sedangkan dulu bahagia dalam ramah dan mesra, kini nama sudah ditanya tanda lupa dalam alpa. yang ditanya tunduk menatap bumi tanda diri tidak dipandang sekalian makhluk alam. yang bertanya terus melebar sandiwara merebut jiwa dan percaya. ibarat hidup menjalar mencari matahari, sedangkan tanpa sedar menongkah fitrah. biarlah tumbuh melata tidak ke mana, asal tumbuh dan surut mentaati perintah Ilahi. dulu diam tanpa keluar sebarang kata, kini bergelar wira menunjang kisah sebuah perjuangan kononnya, yang baru dibelek helaian perlembagaan semalaman. lancar pena mengarang warkah. bila ditanya, terkuis-kuis mencari pedoman. sedangkan pedoman sudah semakin liar menjalar, melilit dan membelit. dihebahkan hebat pengetahuan luar dan dalam. perihal alam segala tujuh petala dikuasai kata, laku, dan jiwa. berdiam diri tak berkata apa. kerana tahu apa dilaku apa dituju. kisah mudah disusah-susah. membenak jiwa melangkau emosi membelenggu sanubari akan perkara tak pasti. kurnia sifat melihat nampak yang nyata sudah cukup bermakna. tak perlu diluas lagi, rasanya sudah lebih dari perlu. jika diberi, bukanlah pula istimewa boleh menjadi nabi ataupun menikmati makam para wali.

tiada niat mengata keji. kinayah disusun berhati-hati, walau diri tidaklah jati. sedangkan mengarang hal peribadi. hidup di bumi memerah keringat, tak kanlah pula boleh dihilir sungai di syurga, dijauh simpang di neraka. kata bukan untuk dikongsi. cuma sekadar luahan peribadi. boleh diherdik, boleh dimaki. asalkan ia urusan sendiri. bukan utusan wali-wali atau para sufi.




beginikah rupa alam yang satu lagi?

Aug 29, 2009

aku budak bodoh

pernah suatu ketika, ketika masih bergelar budak sekolah, seorang teman bertanyakan soalan, "kenapa kita perlu belajar sejarah? bukankah hidup kita sentiasa ke hadapan? mengapa perlu belajar sesuatu yang telah berlaku? yang berlaku itu biarlah berlaku. tak perlu diungkit kisah dan sejarah silam." lalu, seorang teman yang lain menambah dengan angkuh, "ya, kamu betul! tidak perlu belajar sejarah. biar kita yang mencipta sejarah. bukan belajar dari sejarah." pada suatu ketika, saya merasakan mereka betul. apa yang dikatakan mereka ada rasionalnya. namun oleh sebab markah ujian dan peperiksaan saya dalam subjek ini boleh dibanggakan dan dijadikan modal untuk bersikap riak, maka matapelajaran ini tetap menjadi kegemaran saya. lama-kelamaan pendirian saya berubah. sebenarnya sejarah itu bukan sekadar sejarah. sejarah itu adalah panduan untuk masa hadapan. sedangkan ketika memandu sekali-sekala kita perlu melihat ke belakang. mungkin tindakan itu boleh dijadikan sebab untuk kita terlepas dari kemalangan.

sejarah mengajar bagaimana kita, orang Melayu begitu mudah tunduk kepada bangsa asing. sejarah juga mengajar bagaimana kita pernah bersatu untuk menentang suara penjajah. juga bagaimana kita bertelingkah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. zaman demi zaman, keadaan berubah. seluruh pelosok negara dihiasi bangunan-bangunan pencakar tujuh petala langit. setiap inci Tanah Melayu ini berubah. namun satu perkara tak akan pernah berubah. sejarah tak akan pernah berubah. malah sejarah itu berlaku dan terus berlaku. cuma dalam keadaan atau versi yang berlainan. namun konsepnya tetap sama. kita masih dijajah oleh Jepun. cuma bukan dalam bentuk politik. jika tak percaya, anda boleh bekerja di mana-mana kilang atau syarikat yang berasal dari Jepun. ini pengalaman saya.

kita telah dimanjai dengan berbagai-bagai keselesaan. hidup dalam zon selesa memang menyenangkan hati dan mengenyangkan perut. kita hanya fikirkan hati dan perut sendiri. tapi bila dilanda dengan badai konflik, biasanya kita akan cepat melatah. kalau tidak melatah pun, biasanya kita akan mencarut. itu fenomena biasa. sebenarnya ini adalah akibat tidak ambil pusing kisah dan sejarah silam. hanya duduk bercandukan kemewahan dan kesenangan. pada akhirnya, candu-candu itu sendiri yang menjadi punca kepada konflik yang mereka hadapi. sekarang, pada siapa harus mereka toleh?

sebagai seorang kanak-kanak dalam dunia kedewasaan, sememangnya kita tak berdaya untuk melaksanakan tindakan sendiri. hanya merengek dan meminta pada orang dewasa untuk disumbatkan dengan kemahuan yang menjadi-jadi. seharusnya, kita perlu cepat menjadi dewasa. kalau tidak pun, cukuplah sebagai remaja. sekurang-kurangnya kita mampu mengenal yang mana bunga, yang mana tahi. namun orang dewasa tetap kita jadikan sebagai contoh atau sumber teladan. cuma kita perlu hati-hati dalam memilih contoh tersebut. kerana contoh itu yang akan mencerminkan diri kita di hari kita meningkat dewasa. selayaknya, ibu dan bapalah yang harus kita teladani. mereka tak akan pernah mahu melihat kita diulit kepayahan dan kesengsaraan. namun ada seorang lagi yang perlu kita cari untuk kita contohi. siapa? kamu carilah sendiri. kalau sudah berjumpa, baguslah. ikutlah dia. dia tak akan membawa kamu ke arah kesengsaraan.

dalam situasi yang kita sendiri tak pasti akan kebenaran, maka tibalah masanya untuk menggunakan akal sebaiknya. sememangnya begitu, kerana kita bukan orang yang mampu melihat hakikat dan makrifat. malah kalau mampu pun, akal tetap perlu digunakan sewajarnya. sebab itulah kurnia Tuhan kepada manusia. tak perlulah dicanang kelemahan orang lain kalau kaki masih terpasak ke bumi. tak perlulah mengangkat kelebihan diri kalau masih hidup menjunjung langit. tak perlulah dipertikai Ilahi kalau masih belum mampu bergerak sendiri. manusia itu tetap bodoh dan hina. asalnya dari titisan yang hina. kembalinya dalam bentuk yang hina juga. kita kadang suka mencari salah orang. tanpa kita sedari kita juga melakukan salah yang serupa. maka, selalulah beringat. kalaupun anda seorang yang selalu beringat, tetaplah jangan dicaci dan dimaki orang lain bagaikan mengarang puisi.

tulisan ini sebagai peringatan untuk diri saya seorang kerana saya orang yang paling kerap mengunjungi blog sendiri. kalau anda mahu terima, terpulanglah. cuma sebut nama saya di Padang Mahsyar nanti sebagai orang yang berjasa kepada anda (oh, saya hanya bergurau).
kalau anda merasakan saya salah, juga terpulanglah kepada anda. kalau anda mahu menyerang saya, seranglah. cuma apa yang saya harapkan, anda sudi memperuntukkan sedikit ruang kepada akal anda untuk mengenal pasti mana isi yang baik dan mana isi yang busuk. saya hanya seorang budak kecil yang masih memakai lampin. bodoh dan naif dalam segala hal berkaitan soal-soal orang dewasa.

Aug 26, 2009

aku pun ada perasaan

mana ada yang sempurna. kita kan hanya manusia. manusia itu kan bodoh dan pelupa.

mana boleh dikata. kita kan sesama manusia. kita bukan punya apa. sama sahaja.

bukannya boleh dihitung. kita siapa untuk menetukan? kita siapa untuk menjatuhkan hukum?

buat apa dicanang-canang. bukannya untung. malah rugi berganda.

kita kan manusia. sama sahaja. hari ini hari engkau. hari esok hari aku.

aku peduli apa. aku bukan hamba engkau. engkau pun macam aku juga. sedarlah.

engkau dan aku tak punya apa. langsung tak ada apa. sedikit tak ada.

jangan selalu fikirkan perasaan sendiri. kalau kau tak pernah fikirkan perasaan orang lain.

aku penat menelan pahit. sekali-sekala biarlah aku menjamah manis.

aku pun nak hidup senang macam engkau. hidup selesa macam engkau.

engkau tengok aku senyum. aku ketawa. engkau tak pernah nampak aku menangis.

aku lagi banyak menangis dari ketawa. kau tak tahu, bukan? memanglah.

tak mungkin aku menangis di depan engkau. engkau kan selalu ketawa.

aku tak pernah rasa apa kau rasa. sebab itu aku diam. tapi kadang-kadang aku bising.

bila aku bising, kau menengking. aku bising sebab aku tak nak kau jadi macam aku.

selalu buat salah. bila ditegur, marah-marah. sedikit tak kisah perasaan orang. aku dulu begitu.

kau pun tak pernah rasa apa aku rasa. kau tak pernah tahu apa yang aku lalu.

kalau kau tahu, kau tak bising-bising padaku. tapi, kau tak tahu. kau tak pernah ambil tahu.

Aug 19, 2009

hati yang mencari erti


dalam meniti liku kehidupan memang banyak dugaan yang terpaksa kita tempuhi. kadang kala rasa tak larat tertanggung dek badan melayannya. namun, sebenarnya kita sendiri tak pernah mengerti akan hakikat dugaan yang melanda. adakah ia dugaan? atau ia merupakan balasan atas dosa silam? cukup bercakap tentang dugaan. ia akan memberatkan batu gemala si penulis.

seterusnya mari kita berbicara soal kejutan. secara nyata, hidup kita direncanakan oleh Satu kuasa yang tak terlihat oleh mata fizikal seorang manusia biasa. saya tak pasti sama ada mata bukan fizikal boleh melihat, kerana saya rasa mata bukan fizikal saya agak teruk kaburnya. namun menurut pemahaman saya, penglihatan mata bukan fizikal lebih jelas berbanding mata fizikal. berbalik soal kejutan, amat kurang mereka yang mampu meramal dan menerima kejutan. sebab itulah ia dinamakan kejutan. sekali jika tersua akan satu kejutan, maka akan terlihat oleh kita berbagai reaksi dari si penerima kejutan. ada yang tenang, tidak kurang yang melatah. kita mungkin boleh bersahaja dalam menerima suatu kejutan, namun jika tiba pada suatu takat, kejutan tersebut akan membuat diri kita seperti hilang pedoman. malah suatu pegangan dan kepercayaan akan turut goyah jika dihidangkan dengan sebuah kejutan yang dahsyat. hanya sekadar itu saya berbicara tentang kejutan.

seterusnya mari meneliti soal pengorbanan. ramai orang yang boleh berkorban. berkorban wang ringgit, masa, tenaga, malah berkorban nyawa. namun berapa orang yang sanggup mengorbankan perasaan demi suatu perasaan? meninggalkan kemanisan demi menghayati erti kepahitan. menelan segala keburukan demi mengejar suatu kebajikan. cerita tentang pengorbanan ingin saya hentikan di sini, kerana saya rasa belum layak untuk mengulas perihal suci sebuah penghidupan yang sejati. saya seorang yang belum punya walau satu pengorbanan untuk dibicarakan.

ramai yang mengenali diri saya. malah ramai juga yang mampu meneliti serta memahami peribadi saya. yang sebenarnya, bahawa saya sendiri tak mengenali diri sendiri. sedangkan hati budi sendiri sukar dierti, manakan mahu ia menyingkap peribadi. namun sejenak membuat fikiran kembali bersinar, hati kembali merenung. bahawa ia bukan milik saya. tiada walau satu zarah ia milik saya.

ada satu perasaan yang ingin saya kongsikan. perasaan itu tercetus ekoran fitrah semulajadi insan yang ingin mempunyai perasaan, dilayan dengan perasaan yang sama, serta berkongsi kedua-dua perasaan menjadi satu perasaan. ingin diluah perasaan itu melalui kata dan bicara. namun adalah lebih bermakna jika perasaan itu sendiri yang membenihkan perasaan melalui kata bicara hati. sekali perasaan terdetik di hati adalah lebih bererti dari seribu kali mendengar luahan janji. ada suatu kerisauan jika perasaan itu tidak mendapat layanan dari perasaan yang satu lagi. namun sekali lagi, hati itu bukan milik peribadi. dalam suatu masa akan dikhabarkan hal perasaan kepada pemilik jasad, nescaya mendapat keredaan dari pemilik roh.




pengalaman pertama kali berada di Pasar Seni amat mengasyikkan saya. saya leka memerhatikan gelagat dan berbagai ragam manusia yang melintas di hadapan saya. ada yang berpakaian kemas, ada yang hanya ala kadar, dan ada yang seakan-akan tidak berpakaian.

namun apa yang lebih menarik perhatian saya adalah persembahan dua orang pemuzik jalanan yang mempunyai bakat seni yang sejati. bila saya katakan sejati, makna kata bakat mereka memang sepatutnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. saya yakin jika mereka mengambil bahagian dalam program realiti tempatan yang tidak berpandukan sistem khidmat pesanan ringkas, pasti mereka akan menang. namun apakan daya, mereka tidak punya rupa sekacak Tomok mahupun rambut yang berwarna-warni.

seketika mereka sedang asyik memetik gitar, datang seorang yang boleh disifatkan sebagai "kurang waras". orang kurang waras (okw) ini begitu galak menghayati lagu-lagu yang dimainkan. saya jadi kaget sebentar apabila okw tersebut mencapai mikrofon dan bersiap-sedia menyanyikan sebuah lagu. dalam hati saya, "mengacau betullah orang gila ni! tolonglah ada seseorang yang menghalangnya." namun apa yang berlaku lebih memeranjatkan saya. insan yang saya sifatkan gila tadi boleh menyanyi lebih baik daripada saya. bahkan saya rasa dia juga layak untuk bertanding dalam program-program realiti televisyen. tapi sayang. dia juga tidak kacak, tidak mempunyai rambut berwarna-warni, berbaju comot, dan gila!

sejenak saya terfikir. kenapa begitu mudah saya memberi persepsi negatif terhadap orang ini? adakah kerana dia kurang waras maka saya yang waras ini layak untuk memberi tanggapan
buruk serta merendah-rendahkannya? adakah kerana dia tidak kacak maka saya yang kacak ini boleh menghina serta mencacinya?

dengar dengan telinga jangan percaya,
lihat dengan mata jangan percaya,
ada akal gunakan dengan bijaksana.

mungkin inilah dia....







*nota: gambar di atas hanyalah gambar hiasan.

entri ini ditulis ketika saya masih belum boleh tidur ekoran menunggu baju yang sedang dibasuh. banyak sungguh perkara yang ingin saya tuliskan, namun semuanya terbantut ekoran tuntutan kerja yang bertimpa-timpa. namun saya terpaksa juga menulis bagi mengelakkan blog ini dimakan anai-anai dan dipenuhi sawang.

melalui entri ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan demonstrasi pengambilan ahli baru PSSCM UTP semester July 2009.

walaupun rata-rata ahli skuad merupakan muka baru, namun kegigihan serta komitmen yang mereka berikan seharusnya dicontohi oleh yang lain. sejambak tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengharungi latihan yang memenatkan serta mampu menahan gugup dan gemuruh di hadapan khalayak umum.

seterusnya saya ingin menyeru diri ini serta rakan-rakan ahli yang lain di UTP khasnya bagi terus menabur jasa serta menyumbangkan keringat dan masa bagi membantu menjalankan segala aktiviti persatuan. peruntukan masa 24 jam sehari 7 hari seminggu amat cukup untuk kita memenuhi segala tuntutan kehidupan. jangan dibazirkan masa yang terus berlalu. rancanglah segala urusan dengan cermat dan teliti.

ada suatu perkara menarik yang ingin saya ceritakan. tapi bukan kali ini. cerita tersebut perlu digarap lebih menarik agar mesej yang ingin saya sampaikan jelas dan mudah difahami. nantikan...

Jul 15, 2009

sa udara

wahai saudara-saudara ku,
jangan kau mudah berputus asa,
jangan kau mudah mengaku kalah,
jangan kau mudah berkata tidak,

wahai saudara-saudara ku,
sedarlah,
walau apa jua usahamu,
Tuhan itu maha melihat,
walau apa jua niatmu,
Tuhan itu maha mengetahui,
walau apa jua doamu,
Tuhan itu maha mendengar

wahai saudara-saudara ku,
jangan dikeluh hati yang menangis,
jangan dilayan bahagia yang sementara,
jangan dinyala api amarah,
jangan dibiar maruah yang diinjak

wahai saudara-saudara ku,
aku sayang padamu...

Jul 5, 2009

otak kecil

merujuk kepada entri saudara Minda Melayu, apa yg beliau katakan sememangnya betul. manusia memang tamak dan sentiasa inginkan lebih dari kemampuan. dengan pelbagai cara, mereka cuba melunaskan tuntutan nafsu yang membuak-buak. walaupun cara itu salah dan menyusahkan orang lain. ibarat seekor babi yang tidak pernah puas menggomol tahi, nafsu dijadikan tuhan dan perasaan perikemanusiaan diharam jadahkan.

dilihat orang yang seperti ini semakin berleluasa saban hari. semakin hari semakin besar kepala, walaupun otak mereka tidaklah sebesar mana. hanya sebesar.....oh,tidak ada benda yang lebih kecil untuk saya bandingkan dengan otak mereka. kalau pun ada....oh,sememangnya tidak ada.

bukan kuasa saya dan kuasa kita untuk menghukum mereka. kita pun tak tahu sama ada mereka benar-benar salah atau tidak. cuma apabila kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka, kita akan melenting. terutama orang seperti saya yang tidak mahir mengawal emosi. terus terang saya katakan, jika jumpa orang seperti ini di hadapan mata, saya akan meletakkan lubang hidung mereka di cerobong asap JDD7**0 saya. harap-harap itu dapat membantu mengurangkan ketagihan mereka terhadap tahi.

namun, saya tetap berharap agar mereka kembali ke pangkal jalan dan memohon taubat kepada Yang Menerima Taubat. seterusnya, menjadi aset yang berguna kepada masyarakat. oh, saya bercakap tentang taubat. sudahkah saya sendiri bertaubat?

lebih kurang sembilan hari lagi, akan pulang lah saya dari desa ke perantauan. menuntut ilmu itu sangatlah dituntut. maka perlulah untuk saya terus menuntut.

selepas dicongak, hanya tinggal lebih kurang setahun untuk saya menamatkan pengajian. itu pun jika tiada sebarang aral melintang sepanjang tempoh tersebut. harap-harapnya tiada. jika ada, maka saya terima. jika memang tiada, amatlah bersyukur kepadaNya.

seorang graduan akan menempuh pula alam pekerjaan setelah mereka menamatkan pengajian. kebiasaannya mereka akan memilih cabang kerjaya yang berkait dengan jurusan yang diambil. seorang pelajar jurusan kejuruteraan sudah tentu memilih kerjaya sebagai seorang jurutera, jurusan perguruan sebagai guru, jurusan perubatan sebagai doktor, dan sebagainya.

seterusnya adalah tempoh untuk mereka mengumpulkan aset. biasanya, kenderaan adalah perkara yang diutamakan. seperti sudah menjadi keperluan dan tidak boleh dinafikan lagi. status kewangan juga harus dikukuhkan kerana mereka akan menempuh alam yang lain pula selepas ini.

alam perkahwinan,itulah yang saya maksudkan. daripada satu menjadi dua. dan daripada dua barulah menjadi banyak. maka semakin besar tanggungjawab, semakin banyak perkara perlu diambil kira, dan semakin tinggi keperluan.

selepas zaman ini, mereka akan melalui pula proses penghidupan yang semakin landai. pada ketika ini, mereka lebih bebas memilih cara untuk hidup berbanding menyesuaikan diri dengan cara hidup. makna kata, terpulang pada mereka untuk menjalani hidup yang bagaimana. masih seperti sebelumnya? atau nekad memulakan sesuatu yang baru?

meneliti proses di atas, dapat disimpulkan hidup kita seperti suatu kitaran. justeru, dalam kitaran itu manakah kemuncaknya sebuah kehidupan? apakah yang merencana kitaran itu sehingga menjadi begitu teratur dan berseni?

Jun 25, 2009

jalan sinar

mentari terus menyepi
tenggelam diliputi awan pagi
bayu bertiup menyapa lembut
membuatku lena dalam redup

sejenak aku melayang
terbang dalam ruang angan-angan
menyelongkar duniaku sendiri
mencari sinar yang telah mati

terjaga aku dari lamunan
pabila mataku dipancar silau gemilau
dek suluhan sinar mata purnama
yang datang entah dari mana

ku melilau dan mencari
setiap ruang dan setiap sudut
agar dapat ku ketemu sinaran itu
walau hujungnya jalan buntu

Jun 21, 2009

mereka dan basikal


gambar di atas terlintas di hadapan pandangan saya sewaktu sedang leka melihat-lihat gambar2 lama. entah kenapa, saya sangat suka gambar ini. sebenarnya, amat jarang untuk saya menyukai gambar yang tidak ada saya di dalamnya. tetapi saya begitu tertarik untuk lama merenung gambar ini.

dua orang dalam gambar tersebut memang saya kenali. mereka antara individu2 penting yang pernah hadir dalam hidup saya. mereka berdua sangat baik bersama. yang lelaki lebih tua daripada yang perempuan.

apa yang saya suka mengenai gambar ini? ia adalah ekspresi kedua-dua mereka dalam gambar. lihat betul2. mereka sangat gembira dan bahagia. seperti seorang adik yang membonceng basikal abangnya, si adik di belakang begitu riang. manakala si abang begitu riang melihat adiknya riang. mereka seperti adik beradik sebenar. oh, saya teringat zaman kanak-kanak saya.

Jun 14, 2009

what should i write?

its 1:02 in the morning right now, and i am struggling on what to write. geez...it so unlike me to post something quite annoying like this. i really want to write something. something that could have hundreds of comment from hundreds of readers. just like che det huh?? or faisal tehrani i could say? hahaha.nah,that is just a dream! completely a moron i am. dreaming is the most i can do. dreaming huh?

several years backward, someone told me what is a dream and what is it really about. and it really caught my attention since then until now. a dream is absolute whenever you could feel and taste the dream before it turns into reality. ok,ok. lets make it scientific, you science freak. when you thinking bout something, you will send a signal to the nature,to the universe. the universe is then will response back to you. bla,bla,bla... argh, the science is just a tool. the creator of the science is the one you should believe in.

ok,ok, lets go back to our "dream" thing. like you, i also have a dream, not to metion what it is. and what i truly know is, the dream is something you can't afford to give up on. it is something you must achieve no matter what. yet, along the road to success, there will be countless of barriers and obstacles. only the one who believe in his dream will succeed. a dream is the key to victory.

beberapa hari sebelum berlakunya runtuhan, si penguasa dengan lantang mengutuk orang yang menjemputnya menghadiri sebuah majlis. memang tidak berbudi.sudahlah dijemput makan percuma, sanggup pula menongkah majlis dengan ucapan sinisnya. dikatanya teratak si penjemput itu buruk benar rupanya. akhirnya sebuah mercu tanda kebanggaan si penguasa lebur bersama egonya.

ini kisah si penguasa yang lain pula. pada awalnya dia dijemput menghadiri sekaligus merasmi sebuah acara penting. namun, tiba saat kejadian hanya anak buahnya sahaja yang muncul. alasan yang diberi merupakan alasan biasa orang yang berkuasa. sibuk. namun, setelah runtuhnya mercu tanda yang juga di bawah tanggungjawabnya, turun juga dia ke negeri si penguasa pertama tadi.

saya ada dua buah peribahasa Melayu yang sesuai untuk ditujukan kepada kedua-dua penguasa.
penguasa pertama- orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa
penguasa kedua- rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari


p/s: mulut saya jahat. tapi tangan saya lagi jahat.

May 18, 2009

Naruto pun jiwang!

sebentar tadi saya sedang membaca Naruto manga secara online. dan saya terjumpa satu ayat yang menarik.bagi sesiapa yang ingin menarik perhatian gadis/jejaka idaman,boleh gunakan ayat di bawah:

i used to always cry and gave up,
i nearly went the wrong way,
but you showed me the right way,
i was always chasing you,
wanting to overtake you,
i just wanted to walk with you,
i wanted to be with you,
you changed me,
your smile saved me,
so i'm not afraid to die protecting you....because

I LOVE YOU!!


-hyuga hinata-

ada 3 isu yang hangat diperkatakan sekarang. H1N1 ataupun lebih sinonim dengan panggilan selsema babi,gejala mat rempit,dan seterusnya adalah kemelut politik di Perak.

selsema babi:-
terdahulu kita digemparkan dengan wabak selsema burung. walaupun agak kecoh, alhamdu Lillah keadaan di negara kita tidaklah seteruk mana. kini seterusnya negara kita dikejutkan dengan kes pertama H1N1 yang berlaku di negara ini. diharapkan agar wabak tersebut tidak terus menular ke tempat lain.kes selsema babi ini lebih kecoh berbanding kes selsema burung dahulu.mungkin kerana babi merupakan satu-satunya 'taboo' orang Melayu sejak dahulu.sejahat-jahat orang Melayu,babi adalah haiwan yang mesti dijauhi.ramai orang Melayu sekarang minum arak,tapi boleh dikatakan hampir tiada yang makan babi.sekonyong-konyong, digelar 'babi' pun sudah mengamuk.

gejala mat rempit:-
terbaru dua orang wanita yang juga merupakan ibu telah terbunuh angkara kes ragut bermotosikal.salah satunya berlaku di negeri kelahiran saya, Johor. antara kesan langsung daripada masalah sosial ini adalah pertambahan beban kerja pihak penguasa. kasihan mereka.sudahlah terpaksa berpenat mencari nafkah hidup untuk anak dan isteri,terdedah pula kepada risiko dilanggar oleh mat-mat rempit.tapi sebenarnya masalah ini juga berpunca dari kita.mengapa?pernahkah ketika kita memandu atau menunggang di jalan raya dan secara tiba-tiba lalulah sebuah motosikal yang ditunggang seorang mat rempit dalam keadaan berbahaya seraya mengganggu pemanduan kita?mesti pernah bukan?lantas,apa yang kita lakukan?biasanya kita akan memaki hamun mereka secara qauli, fi'li, dan juga qalbi.fi'li nya ialah kita memaki dan menyumpah seranah.kalau mahu tambah perisa,angkat saja jari tengah.manakala qauli dan qalbinya berbunyi sama,iaitu: "babi punya mat rempit!". nah,sekarang apa jadinya? jika 40 orang berkata yang sama? jadilah mereka penyumbang kepada virus H1N1.

kemelut politik Perak:-
saya tahu saya harus berhati-hati dalam memperkatakan isu ini.beberapa orang telah ditahan untuk siasatan atas dakwaan menghina Sultan Perak.saya tak mahu menghina sesiapa.cukuplah mat rempit yang jadi bahan hinaan saya setiap hari.setelah beberapa purnama,kemelut ini masih belum selesai.berbagai tuduhan dilemparkan,berbagai drama telah disaksikan.namun akhirnya,rakyat yang tersepit.pada siapa mahu mereka adukan masalah?pada siapa mahu mereka minta tanda tangan? Ir. Nizar atau Dr.Zambry?hari ini si Nizar jadi MB.esok si Zambry pula.pening,pening.akhirnya tiada siapa yang untung.tauke babi pun rugi.

cukuplah maki hamun saya untuk hari ini.hari seterusnya saya akan maki orang lain pula.anda mahu jadi yang seterusnya?

May 15, 2009

adakah silap?

setakat ini,sudah 24 minggu saya di Johor dalam menjalani latihan industri.tempoh tersebut banyak memberi saya pengalaman dan pengetahuan baru dalam bidang berkaitan perkomputeran dan teknologi maklumat.saya berasa beruntung dan bersyukur kerana diberi peluang ini.ramai yang saya pernah dengar hanya menganggur sewaktu mereka menjalani latihan industri. persepsi serta mindset saya terhadap kerjaya berkaitan bidang ini juga semakin luas skopnya.

namun begitu,tempoh ini juga memberi satu lagi persepsi kepada saya.bahawa bidang ini tidak sesuai dengan jiwa saya.saya tidak kisah jika kerjaya saya ditakdirkan dalam bidang ini.namun saya berharap biarlah sekejap tempoh waktunya.saya tak sanggup menjadi seorang programmer sepanjang hidup saya.duduk sepanjang hari di hadapan mesin bercahaya sambil membaca dan menulis kod-kod bahasa yang pelik bukanlah sesuatu yang saya suka lakukan.

persepsi ini telah mengembalikan ingatan saya terhadap cita-cita saya yang terdahulu iaitu menjadi seorang cikgu sekolah. lebih khusus lagi cikgu Bahasa Melayu.impian ini tak pernah saya tolak ke tepi.sebaliknya saya simpan di sudut hati.saya tahu kerjaya ini tidak semewah mana,tapi saya dapat rasakan jiwa saya lebih ke situ.

sebenarnya saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan selepas tamat SPM dahulu.namun atas beberapa faktor,saya mengambil keputusan untuk terus berada di UTP.salah satu faktornya adalah wang.saya tak anggap keputusan saya itu silap walaupun prestasi saya dalam pelajaran sekarang agak merosot.keputusan saya tak pernah silap.yang silap adalah diri saya.

seterusnya saya berazam untuk menghabiskan sisa hidup saya di UTP dengan sebaik mungkin yang boleh saya capai.takdir saya telah ditentukan.ketetapan Ilahi itu pasti.tetapi,saya tetap perlu berusaha.walaupun bukan usaha saya yang menentukan kejayaan.

komputer saya sering membuat masalah kebelakangan ini.lantas membataskan saya untuk membazirkan masa di ruang siber ini.namun,ada satu perkara yang ingin saya kongsikan.

sudah beberapa minggu sebuah televisyen swasta negara kita asyik memainkan filem-filem bercorak aksi pergaduhan dan seni beladiri serta perjuangan bangsa. namun,sayang sekali filem-filem tersebut bukanlah filem tempatan.saya tak salahkan stesen televisyen tersebut kerana memang telah diperuntukkan slot untuk filem dari negara asing.malah saya juga kalah dengan godaan syaitan kerana begitu lalai menonton filem-filem tersebut.berikut merupakan filem-filem tersebut:

1.sebuah filem yang mengisahkan seorang tok guru k*ngf* yang berjuang untuk menyatu-padukan pengamal-pengamal k*ngf*yang tidak bersatu pada waktu itu.

2.sebuah filem dari negara jiran yang diadaptasi dari kisah benar.mengisahkan masyarakat sebuah kampung pada zaman dahulu yang bersatu untuk mempertahankan kampung mereka dari ancaman penjajah.

3.sebuah filem komedi yang menonjolkan k*ngf* sebagai satu cara untuk mencapai matlamat di samping sebagai satu corak kecergasan agung.

4.sebuah filem yang mengisahkan seorang tokoh pejuang *ina pada sekitar kurun ke-19.juga menyentuh mengenai k*ngf*.

jelaslah bahawa bangsa lain begitu bangga dengan budaya yang mereka ada dan mengangkat martabat budaya mereka melalui filem.persoalannya,di manakah filem-filem tempatan yang sedemikian rupa?adakah penerbit-penerbit filem di negara kita begitu sibuk menerbitkan cereka yang memaparkan kisah si cintan dan si cintun,ataupun kisah mat rempit yang dilihat semakin membesarkan kepala golongan terbabit,ataupun sibuk dengan program realiti mencari penyanyi yang rata-ratanya mempunyai suara sedikit merdu berbanding keldai?
persoalan yang kedua,apakah reaksi penonton tempatan terhadap filem-filem yang diadaptasi dari kisah benar perjuangan nenek moyang kita dahulu?belum pun bermula rakaman,sebuah filem yang mempunyai unsur tersebut telah dikritik hebat gara-gara mempunyai bajet yang besar.

bangsa kita kaya dengan nilai sejarah.kalau ada penerbit filem kita yang mempunyai rasa bangga akan nilai sejarah sendiri,dan berusaha untuk memaparkan kisah-kisah sejarah bangsa kita melalui bidang perfileman,saya yakin satu hari nanti anak muda kita akan kembali jiwanya.bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.cukup sekadar peringatan untuk umat masa kini.

Mar 17, 2009

14 minggu berlalu

mahu tahu apa rutin harian saya dan apa yang saya lakukan sebagai seorang pelajar latihan industri?jika mahu,teruskan membaca...

setiap hari saya akan keluar seawal jam 7 pagi dari rumah.seminit lambat akan menyebabkan saya berada di belakang buntut lori sepanjang perjalanan.cabaran utama saya ke tempat kerja adalah kelibat lori-lori besar yang membuatkan kaki kanan saya gatal untuk menekan pedal minyak.namun begitu,apakan daya Perodua Kancil 660 saya tak mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 3 saat. maka terpaksalah saya menunggu kenderaan yang datang dari arah hadapan betul-betul reda. cabaran seterusnya adalah isipadu kenderaan di atas jalan raya. kebiasaannya,kesesakan tidak berlaku.cuma kelancaran pergerakan kenderaan yang agak terganggu.namun langit tak sentiasa cerah. sudah beberapa kali saya lambat sampai ke tempat kerja atas sebab ini.namun 2 minit lambat tidak akan meletakkan saya dalam situasi yang menyebabkan saya diberi sebarang surat amaran.

tugasan utama saya sebagai seorang 'intern' di syarikat tempat saya bekerja adalah sebagai seorang pengaturcara sistem.walaupun menggunakan bahasa yang tidak pernah saya pelajari sewaktu di kelas,namun saya agak selesa menggunakan perisian Visual Studio 2003 yang menggunakan VB.NET sebagai bahasa pengantarnya. perisian ini amat mudah.hanya menggunakan konsep heret dan letak untuk me-reka 'interface'nya.secara jujur,saya tidaklah bagus dalam pengaturcaraan sistem.ketika di universiti,tidak ada satu pun program yang saya tulis sendiri.hanya salin dan tampal dari rakan-rakan lain. pada saya,subjek2 pengaturcaraan bukan untuk orang seperti saya.namun tempoh masa 3 bulan untuk menyiapkan satu sistem yang berfungsi telah membuktikan impresi saya silap.dengan hanya seminggu untuk saya mempelajari perisian ini,satu tugasan mencabar telah menanti.saya diminta untuk membangunkan satu sistem yang akan menyimpan dan mengubahsuai data-data 'reject' bagi setiap produk akhir yang dihasilkan.sistem ini juga akan mengeluarkan laporan mengikut format yang telah saya programkan. memang banyak masalah yang saya hadapi,tambahan dengan latar belakang pengaturcaraan saya yang tidak kuat.namun atas izin dari Yang Maha Memberi, Alhamdu Lillah sekarang sistem yang saya bangunkan itu sedang diguna pakai oleh pengguna-pengguna sistem.namun pesanan saya untuk rakan-rakan yang mengambil subjek pengaturcaraan supaya mendalami subjek2 tersebut,agar boleh menggunakan segala konsep yang dipelajari.oleh sebab lupa dengan apa yang diajar,saya terpaksa memerah otak untuk menghasilkan algoritma dan logik sendiri bagi menghasilkan sistem ini.

setiap hari Rabu pula saya ditugaskan untuk membantu kerja-kerja teknikal.jadi,boleh dikatakan setiap hari Rabu saya adalah seorang juruteknik komputer. tugasannya nampak remeh.'reformat' komputer, memperbaiki bahagian yang rosak,memasukkan perisian,dan berbagai lagi.namun semuanya tidak semudah yang dilihat.setiap hari adalah hari yang berlainan untuk saya.berbagai perkara baru saya pelajari.sehingga saya tak larat untuk mengingat semuanya. namun saya bersyukur kerana staff2 di sini begitu senang untuk berkongsi ilmu. antara mereka ada seorang pemuda Melayu dalam lingkungan awal 20-an.berbanding dengan yang lain,beliau mempunyai kemahiran teknikal yang amat dikagumi.seterusnya seorang pemuda Cina yang mempunyai pengetahuan yang luas.apa yang menarik perhatian saya adalah sikap hormat pemuda Cina tersebut terhadap si pemuda Melayu. hal ini disebabkan si pemuda Cina tersebut banyak belajar dari si pemuda Melayu. benarlah kata orang.ilmu juga yang mampu membuatkan orang hormat kepada kita.

habis waktu kerja,kebiasaannya saya akan tunggu setengah jam sebelum keluar. jika saya keluar tepat 5.30 petang,saya tetap akan sampai ke rumah pada waktu yang sama jika saya keluar pada pukul 6. kenderaan ibarat semut-semut hitam yang beratur menuju ke tumpahan gula.

di rumah,memang tak ada apa untuk saya lakukan.kecuali jika saya ada kelas s**at pada Rabu dan Jumaat malam. jika tiada,saya akan melayari internet seperti sekarang,ataupun bermain permainan video bersama adik-adik,ataupun menonton televisyen.kalau ingin melepak di kedai mamak pun,tidak ada sesiapa yang berhampiran dengan rumah saya untuk menemankan.

begitulah sedikit sebanyak cerita saya sepanjang 14 minggu bergelar 'intern'.banyak pengalaman baru yang muncul dalam hidup saya.sebenarnya banyak lagi yang saya tak ceritakan.yang telah saya ceritakan di sini hanyalah rutin sahaja. mungkin akan saya ceritakan lain kali.


several people tagged me to play this thing. at first, i really don't want to play as my 6th picture of my 6th folder (above image) was just for storage purpose. but then, after being demanded by them, then i thought its not a problem to share my passion with you all.

above picture showing a guy, which i dont know his name, carrying and running a rugby alike ball,called American football. obviously,this game is called American football in America and most part of the globe.but for American,it is simply called football.so,if they say 'football', actually,they are referring to this football,not 'soccer football'.in Canada, it is called grid iron football.and in Malaysia it is called 'bolasepak Amerika'.ironically, although it is called 'football', most part of the game were being played using hands like throwing, catching,and carrying. the most interesting part is,each player in a team have their own roles and responsibilities.if your job is to catch the ball, then it what you should do until the game ends. stick to your mission is a vital part to achieve a win.

this game need heavy teamwork,brain tactics,and abilities.so if anyone interested and want to share this passion,feel free to contact me.

p/s: i think there's no need for me to tag anyone as everyone in my list have been tagged.isnt it?

Mar 10, 2009

dulu dan sekarang

10 tahun dulu, bila bercerita tentang turun naik harga minyak, aku hanya melopong terkebil-kebil.siaran berita di tv pantas dialih saluran.surat khabar pantas diselak ke ruangan sukan atau hiburan.pada aku harga minyak tetap sama.bapa aku tetap akan mengisi RM10 sehari.kalau balik kampung,barulah diisi RM30.apa yang naik?apa yang turun?

10 tahun dulu,bila bercerita suasana politik tanah air, aku hanya menggaru kepala yang tak gatal.apa itu UMNO?apa itu BN?apa itu PAS?yang aku tahu,mereka hanya mahukan orang memangkah mereka.pelik sungguh.simbol pangkah itu adalah simbol yang paling aku benci dulu.kalau ada satu,berkecailah harapan nak dapat markah penuh.tapi mereka beriya-iya benar mahukan simbol itu.

10 tahun dulu,keliling ku hanya Melayu.seminggu sekali pun susah nak nampak yang bukan Melayu.kalau ada pun hanya Benggali jual tikar, India mabuk tengah malam, apek jual ikan,Mamak jual rojak,dan penjaja dari Siam yang berdialek Kelantan. aku selesa bertanding dengan anak-anak Melayu lainnya dalam kelas.

10 tahun dulu, aku geli mendengar ayat-ayat cinta sang puitis yang mendambakan cinta seorang gadis. tergelak besar aku melihat rakan-rakan yang terlebih matang dariku sudah punya pacar walau nak ke tandas masih berteman. oh,baru aku teringat! ada seorang kawan perempuan yang sekelas denganku menaruh harapan padaku.alasannya,kerana teman-teman lain sudah punya pacar,sedangkan dia belum.orang lain berpacar,dia juga mahu berpacaran.lalu,apa jawabku? "kirim salam jari tengah!" balasku ringkas akan salam mesranya.

di kala usiaku semakin menapak ke hadapan,segala pemikiran dan persepsi berubah sedikit demi sedikit.bagaimana berubahnya reka bentuk Proton Saga,begitu jugalah berubahnya reka bentuk pemikiranku dulu dan sekarang. menyelak kembali memori zaman kanak-kanak, cukup membuatku sedar betapa tingginya nilai hidup ini. dari seorang budak hingusan tanpa matlamat dan cita-cita, kepada seorang belia bangsa yang sarat dengan amanah dan tanggungjawab.

kalau aku diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, ingin aku ingatkan watak kanak-kanakku agar menghargai setiap saat yang ada.betapa bertuahnya mempunyai keluarga dan rakan-rakan.betapa bertuahnya lahir di bumi pertiwi ini.betapa bertuahnya lahir sebagai seorang Melayu,dan betapa bertuahnya merasai nikmat Islam dan Iman.

Mar 2, 2009

kata orang

kata orang memang macam-macam.begini dan begitu,ini dan itu.
tak akan pernah berhenti walau sesaat.
sesedap rasa mengatur ayat,seenak budi mengarang puisi.
itu salah,ini tak betul.
akhirnya sendiri mengaku dia yang betul.
jenuh dicuba memuaskan hati dan mulut orang lain,
hati lain pula yang terguris,mulut lain pula yang mengata.
tak akan pernah habis.
kita bising salah,kita diam pun salah.
habis bilanya kita yang betul?
senang saja,bila kita suapkan mulut mereka dengan halwa dunia,maka senyaplah mereka.
tapi maaf,kita tak punya apa untuk diberi.hanya senyuman mampu dihulur.
walau senyuman dibalas senyuman,kata dan kutukan masih dilemparkan.
tapi,teruskan tersenyum.walau mereka terus mengata.
tak perlu diendah kata mereka.sedikit kita tak rugi,sedikit kita tak untung.
dengar sahaja.jangan menyahut.bersabar dan bertindak benar.
tapi,jangan sampai kepala diinjak!
katakan pada mereka, tak mengapa kalau terus mengata.
walau kering air liur basi,kita sedikit tak peduli.
tapi kalau maruah disentuh,wibawa dicabar,sedarlah kita juga manusia.
had sabar tetap ada.
bertindak dengan akal,sesuai dengan jiwa,terhalang oleh nafsu.

Feb 22, 2009

rindu lagi

rindunya aku ke dia. berbulan rasanya lama tak berjumpa.dari gambar,aku lihat dia makin kurus.mungkin kesan menahan sakit.tapi sedikit dia tak patah semangat.terus mara dalam gerak yang satu.tanpa keluh,tanpa lelah.terus menabur bakti demi pertiwi.sesungguhnya dia perwira Melayu sejati.
wahai sahabat,marilah doakan kesejahteraannya...

Feb 3, 2009

apakah sebabnya?

malam yang buntu untukku,
banyak aku menulis,
kemudian aku padam,
serangkap demi serangkap,
aku tulis dan aku padam,
kalaulah tangan dikawal rasa hati,
tak pening aku mencari isi.

hati ini ingin bercerita,
banyak yang ingin dikatakannya,
tapi tangan tak mampu membaca,
entah apa yang ditulisnya,
hanya merapu tanpa arti.

dari tadi hanya keluhan yang beraksi,
disaksi nada sunyi dan sepi,
berkali lagu pilu diulang-ulang,
namun hanya menambah rasa sendiri.

rindu...

itukah sebabnya?




Jan 20, 2009

monolog si pungguk

malam kelmarin,aku di sini
malam semalam,aku di sini
malam ini,aku masih di sini
aku pasrah menunggu,
walau seribu tahun selepas seratus tahun berlalu.

aku hanya tahu menunggu,
dan bila ia muncul,
kulebarkan sayapku,
terbang,dan terus terbang.

walau aku tahu ia jauh,
walau aku tahu ia cantik,
walau aku tahu ia di samping bintang gemerlapan,
namun aku percaya,
bahawa suatu hari,
aku dan dia pasti bersama.

Jan 19, 2009

kisah aku dan pungguk

bersama malam,ku kepilkan lagu hati,
buat di kongsi pungguk kesepian,
seorang,tidak berteman.

marilah kita berkongsi perasaan wahai pungguk,
aku tahu rindumu pada bulan,
aku tahu,aku tahu,
kerana begitu juga rinduku padanya,
yang tak akan pernah padam,
selagi adanya bulan,
selagi adanya malam.

kini teman mu,si bulan sudah muncul
wahai pungguk,
pergilah,pergilah,
kibarkan sayap malammu,
melayan kunjungan temanmu.

aku?
biarlah aku di sini,
aku gembira melihatmu,
riang dan terbang,
bersama si bulan.
biarlah,biarlah,
aku di sini

kini si pungguk sudah tiada
untuk mendengar kata pujangga,
dari aku yang tak punya apa,
tiada harta,tiada rupa,tiada bahasa

masa berlalu dan terus berlalu,
si pungguk entah di mana,
mungkin ia gembira,
bersama kekasihnya si bulan.

masa masih lagi terus berlalu,
ku dengar dari angin,
si pungguk tiada lagi,
habis hayatnya mengejar bulan,
rupanya bulan itu jauh,
sangat jauh,
si pungguk tak mampu memiliki bulan.

aku?
aku masih di sini,
berpujangga tanpa siapa yang mendengar,
melayan rindu,melayan syahdu

si angin membisik padaku,
si pungguk itu seribu kali lebih baik dariku,
mungkin sejuta kali lebih baik dariku,
si pungguk itu sebenarnya muak mendengar pujanggaku,
yang hanya tahu merindu dan merintih,
si pungguk itu megah mengibar sayap rindunya pada bulan,
walau ia tahu bulan itu jauh,
walau ia tahu bulan itu cantik,
hanya layak untuk si bintang gemerlapan,
namun rindunya pada bulan dibuktikan,
walau rindu itu membawa pada ajalnya.


Jan 6, 2009

Malaysia DiRaja Polis

salam...

pada 15 Disember 2008 yang lepas,aku telah disaman oleh polis ekoran tidak memakai tali pinggang kaledar (betul ke eja 'kaledar'?).ini bukannya yang aku nak ceritakan.
maka pada hari ini (6 Januari 2009) aku cuba untuk melunaskan saman tersebut di balai polis pontian.setelah bersusah-payah memohon cuti separuh hari dengan orang atasan,maka aku pun bergegas menuju ke balai polis.aku terpaksa membayar saman tersebut di balai polis pontian agar rayuan aku untuk dikurangkan jumlah kompaun akan diterima.rayuan tersebut tak akan diterima jika dibuat di balai polis lain. tetapi...jeng3x! satu perkara yang menyentuh hati dan perasaan aku telah berlaku.aku tak tahu bagaimana nak menstrukturkan peristiwa tersebut dalam bentuk ayat.ikuti sahaja perbualan di bawah.

kord: salam encik.trafik kat mane?

polis: nak buat apa?

kord: err..nak bayar saman.

polis: oh,hari ni tak boleh bayar saman.

kord: lorh....nape plak??

polis: hari ni kitorang nak pindah balai baru.komputer semua dah angkut.besok lusa la baru bayar.

kord: tak boleh buat manual ke?

polis: mane boleh.sistem tak siap lagi.nanti tak masuk dalam database.

(perbualan dihentikan)

inilah senario sistem di Malaysia.apalah salahnya jika dibuka kaunter bayaran sementara,ataupun temporary system,ataupun manual key input,ataupun pemprosesan secara batch processing,ataupun 1001 cara yang lain(ceh,mentang2 aku budak IT).tergamak sungguh mereka membazirkan masa ,wang (duit minyak + gaji half day),dan tenaga orang awam semata-mata tak mahu keluar modal buat back-up system.menyenangkan kerja mereka katanya.habis kami ni tak nak senang ke?kami ni tak ada kerja lain ke selain bayar saman?sudahlah tanpa sebarang notis ataupun pengumuman.

satu perumpamaan untuk mereka:
parking kereta tengah jalan.bila orang tanya,dia jawab "nanti senang nak keluar."
satu perangai yang "mulia"...

salam...

rasanya dah dimakan anai2 blog aku ni memandangkan dah lama tak berisi dengan post2 baru.kepada yang rajin mengikuti tulisan aku,terima kasih diucapkan.

oleh sebab dah lama tak menulis,rasanya agak lain macam untuk menulis.seperti kehilangan sentuhan dan idea.pemilihan kata dan juga aturan tatabahasa mungkin jadi sedikit kacau.tapi aku cuba sebaik mungkin untuk menulis.berikut merupakan laporan sepanjang akhir tahun 2008:

pada detik post ini ditulis,genap sebulan aku bergelar sebagai student trainee di sebuah kilang di selatan tanah air.pada 1 disember lepas,aku mula mendaftar masuk sebagai pelajar latihan praktikal industri di Epson Precision (Johor) Sdn. Bhd. ,Kempas, Johor Bahru,Johor.Ianya merupakan sebuah kilang sebenarnya.tapi kilang ni bukan sebarang kilang.antara sepuluh teratas kilang terbaik di Malaysia.dari segi prosedurnya,pengeluarannya,saiznya,gerak kerjanya,suasananya,dan juga piawaiannya.oleh sebab kilang ini dimiliki oleh syarikat Jepun(Epson),maka segala budaya Jepun diserap ke kilang ini.datang awal,balik lambat(7.50 pg-5.30 ptg),waktu rehat terhad,tahap disiplin yang mengagumkan,dan lain2 lagi budaya Jepun.pada awalnya aku berasa kekok,tapi lama-kelamaan baru aku perasan yang sebenarnya budaya2 positif masyarakat Jepun sebenarnya dicedok dari satu budaya unggul yang tiada tanding taranya di muka bumi ini.itulah dia budaya yang sepatutnya menjadi amalan seorang Melayu Mukmin.3 asas utama;amanah jangan pecah,janji jangan mungkir,cakap jangan bohong.hmm...

seterusnya,sekitar kursus tp dan hari tp di IKBN Alor Gajah di Melaka.aku rasa nama IKBN tersebut perlu ditukar ekoran kesesatan yang dialami oleh ramai ahli2 yang menuju ke Alor Gajah walhal tempat tersebut lebih sinonim dgn pekan Masjid Tanah.namun aku rasa bersyukur dapat hadir kedua-dua program tersebut tanpa ada sebarang masalah besar.terubat rindu di hati dapat bertemu sahabat2,abg2,kakak2,dan adik2(Khairi je kot yg adik.huhu) yang dah lama tak berjumpa,yang akan lama tak jumpa,dan akan sukar untuk berjumpa selepas ini.namun begitu aku berasa sedih kerana Guru Utama tak dapat bersama ekoran kesihatan beliau yang tak mengizinkan.sama-samalah kita bermohon agar kesihatan beliau kembali seperti sedia kala.

melangkah masuk tahun 2009,banyak perkara semakin hampir.abg2 dan kakak2 final year hampir grad,pak lah makin hampir meletak jawatan,najib semakin hampir untuk berkuasa,banyak sektor ekonomi dijangka hampir lumpuh,dan berbagai perkara lagi.namun satu perkara, jangan biarkan negara kita yang tercinta ini hampir2 diberakkan oleh bangsat2 yang tak sedar diri diuntung di negara orang.bersatu dan berpadu demi agama,bangsa,dan negara.