setakat ini,sudah 24 minggu saya di Johor dalam menjalani latihan industri.tempoh tersebut banyak memberi saya pengalaman dan pengetahuan baru dalam bidang berkaitan perkomputeran dan teknologi maklumat.saya berasa beruntung dan bersyukur kerana diberi peluang ini.ramai yang saya pernah dengar hanya menganggur sewaktu mereka menjalani latihan industri. persepsi serta mindset saya terhadap kerjaya berkaitan bidang ini juga semakin luas skopnya.
namun begitu,tempoh ini juga memberi satu lagi persepsi kepada saya.bahawa bidang ini tidak sesuai dengan jiwa saya.saya tidak kisah jika kerjaya saya ditakdirkan dalam bidang ini.namun saya berharap biarlah sekejap tempoh waktunya.saya tak sanggup menjadi seorang programmer sepanjang hidup saya.duduk sepanjang hari di hadapan mesin bercahaya sambil membaca dan menulis kod-kod bahasa yang pelik bukanlah sesuatu yang saya suka lakukan.
persepsi ini telah mengembalikan ingatan saya terhadap cita-cita saya yang terdahulu iaitu menjadi seorang cikgu sekolah. lebih khusus lagi cikgu Bahasa Melayu.impian ini tak pernah saya tolak ke tepi.sebaliknya saya simpan di sudut hati.saya tahu kerjaya ini tidak semewah mana,tapi saya dapat rasakan jiwa saya lebih ke situ.
sebenarnya saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan selepas tamat SPM dahulu.namun atas beberapa faktor,saya mengambil keputusan untuk terus berada di UTP.salah satu faktornya adalah wang.saya tak anggap keputusan saya itu silap walaupun prestasi saya dalam pelajaran sekarang agak merosot.keputusan saya tak pernah silap.yang silap adalah diri saya.
seterusnya saya berazam untuk menghabiskan sisa hidup saya di UTP dengan sebaik mungkin yang boleh saya capai.takdir saya telah ditentukan.ketetapan Ilahi itu pasti.tetapi,saya tetap perlu berusaha.walaupun bukan usaha saya yang menentukan kejayaan.
Syaitan
5 years ago
8 reaksi:
tetapi,saya tetap perlu berusaha.walaupun bukan usaha saya yang menentukan kejayaan. teruskan sja berusaha...semoga rezeki yang walau x sebesar mana diberkati Allah ... :)
p/s: naseb baek amek IS, xprlu sgt jd programmer..hehe~
"p/s: naseb baek amek IS, xprlu sgt jd programmer..hehe~"
hehe...diyana3x~ you're wrong.IS stands for information system.and systems rely on programmers like us!hehe
herm..program IS kat UTP kan Business Information System..
wpun kna blaja gak programming, tp jgn lupa ktorg ada byk lg subjek business n management yg kna blaja..
jd, bole channel ke situ n mmg berniat nk ke arah tu pun..hehe~
ngape xleh jerit di kotak jerit itu???
*dulu pn penah berangan nk jdk cikgu sekolah. sbb x nk keje susah2*
yeah..usaha2.
orang cakap. takdir itu kerja Dia. Usaha itu kerja kita. Lantak pi lah kat Dia nak tentukan apa yang jadi kat kita kan?
Aku rasa ada sebab ko kena buat benda yang tak suka tu. Skrang cawangan dah ada AJK Sistem Maklumat..
Expect lah banyak projek IT lepas ni..
diyana-owh sy pon minat gk management.sbb tu amek minor management.hehe
kak didie-sy disablekan.saje wat perhiasan.hehe.sebelum ni ade mangkuk jamban yang wat kemungkaran kat cbox tu.
abg amin-huhu.yeke.bgusla.kalo ade projek gtau la.bole saya "bagi sokongan".hehe
apapun pilihan yg dibuat, semoga berjaya~ ^_^
wa.. abg kord nk jadik cikgu?
bole la anta anak nanti..
=p
Post a Comment