ada 3 isu yang hangat diperkatakan sekarang. H1N1 ataupun lebih sinonim dengan panggilan selsema babi,gejala mat rempit,dan seterusnya adalah kemelut politik di Perak.
selsema babi:-
terdahulu kita digemparkan dengan wabak selsema burung. walaupun agak kecoh, alhamdu Lillah keadaan di negara kita tidaklah seteruk mana. kini seterusnya negara kita dikejutkan dengan kes pertama H1N1 yang berlaku di negara ini. diharapkan agar wabak tersebut tidak terus menular ke tempat lain.kes selsema babi ini lebih kecoh berbanding kes selsema burung dahulu.mungkin kerana babi merupakan satu-satunya 'taboo' orang Melayu sejak dahulu.sejahat-jahat orang Melayu,babi adalah haiwan yang mesti dijauhi.ramai orang Melayu sekarang minum arak,tapi boleh dikatakan hampir tiada yang makan babi.sekonyong-konyong, digelar 'babi' pun sudah mengamuk.
gejala mat rempit:-
terbaru dua orang wanita yang juga merupakan ibu telah terbunuh angkara kes ragut bermotosikal.salah satunya berlaku di negeri kelahiran saya, Johor. antara kesan langsung daripada masalah sosial ini adalah pertambahan beban kerja pihak penguasa. kasihan mereka.sudahlah terpaksa berpenat mencari nafkah hidup untuk anak dan isteri,terdedah pula kepada risiko dilanggar oleh mat-mat rempit.tapi sebenarnya masalah ini juga berpunca dari kita.mengapa?pernahkah ketika kita memandu atau menunggang di jalan raya dan secara tiba-tiba lalulah sebuah motosikal yang ditunggang seorang mat rempit dalam keadaan berbahaya seraya mengganggu pemanduan kita?mesti pernah bukan?lantas,apa yang kita lakukan?biasanya kita akan memaki hamun mereka secara qauli, fi'li, dan juga qalbi.fi'li nya ialah kita memaki dan menyumpah seranah.kalau mahu tambah perisa,angkat saja jari tengah.manakala qauli dan qalbinya berbunyi sama,iaitu: "babi punya mat rempit!". nah,sekarang apa jadinya? jika 40 orang berkata yang sama? jadilah mereka penyumbang kepada virus H1N1.
kemelut politik Perak:-
saya tahu saya harus berhati-hati dalam memperkatakan isu ini.beberapa orang telah ditahan untuk siasatan atas dakwaan menghina Sultan Perak.saya tak mahu menghina sesiapa.cukuplah mat rempit yang jadi bahan hinaan saya setiap hari.setelah beberapa purnama,kemelut ini masih belum selesai.berbagai tuduhan dilemparkan,berbagai drama telah disaksikan.namun akhirnya,rakyat yang tersepit.pada siapa mahu mereka adukan masalah?pada siapa mahu mereka minta tanda tangan? Ir. Nizar atau Dr.Zambry?hari ini si Nizar jadi MB.esok si Zambry pula.pening,pening.akhirnya tiada siapa yang untung.tauke babi pun rugi.
cukuplah maki hamun saya untuk hari ini.hari seterusnya saya akan maki orang lain pula.anda mahu jadi yang seterusnya?
Syaitan
5 years ago
5 reaksi:
maki aku la kord. kot2 boleh membuatkan ko nampak lebih mantop (walaupon ko dah sedia mantop) lagi, aku izinkan ko maki aku. haha.
isu perak : zzz
mat rempit : rempit make sure ada lesen, xde lesen tibai harta org kalau mampos menyusahkan org susah dude
selsema babi : achum!
apsal orang tak sebut selesema khinzir ek? pelik gak aku.
"qauli, fi'li, dan juga qalbi.fi'li nya ialah kita memaki dan menyumpah seranah.kalau mahu tambah perisa,angkat saja jari tengah.manakala qauli dan qalbinya berbunyi sama,iaitu: "babi punya mat rempit!"
haha. penggunaan istilah Qauli, Fi'li dan juga Qalbi yang baik untuk situasi yang ko ceritakan.
masa aku blajar kat poli dulu, ada sekali aku terbabit dengan salah faham kecil dengan kereta lain. hasilnya kena waran tangkap, lepas tu masuk balai. alhamdu Lillah, kes tu dapat diselesaikan dengan baik walaupun kena 1 saman selepas dikurangkan dari 3.
sebab? aku buat ke tiga-tiga Qauli, Fi'li dan juga Qalbi. pertama berniat untuk maki, kedua keluar lisan makian dari mulut aku dan ketiganya aku mengangkat jari tengah.
masuk balai. aku sudah bertaubat. lihatlah aku sangat bersopan santun sekarang. haha :D
ouh.. kord menjadikan isu2 bodan negara menjadi menarik~ hehee...
abg ayub-huhu.saya xkan maki abg2 dan akak2 saya.
abg ashkam-menurut kajian,perkataan 'babi' mmmg merupakan perkataan asal dalam bahasa Melayu.manakala 'khinzir' berasal dari bahasa Arab.jadinya,mungkin org Melayu lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.hehe.lagipun penggunaan perkataan 'babi' lebih berkesan untuk tujuan maki hamun.
abg amin-ouh,satu kisah yg menarik.why not put it in your blog?neway.abg mmg bersopan-santun sekarang,terutama dengan wanita.hehe...gurau je
kak efa-apa itu 'bodan'?
Post a Comment