diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...

sabtu lalu (1 nov 08) aku dan beberapa rakanku termasuk 2 org dari uitm seri iskandar telah ke politeknik ungku omar (puo) kerana menghadiri program interaksi mereka.habis sesi ceramah en arif zainudin kami pun berangkat pulang dalam suasana yg ceria,dgn aku hanyut dlm mimpi ketika dlm perjalanan.

singgah la kami di sebuah kedai makan berhampiran perhentian bas seri iskandar mengenangkan tembolok yg belum diisi makanan ruji sejak tengah hari.makan,merokok,dan bersembang.dan tibalah masa utk pulang.menyambung tugas sbg pelajar ipt.

dua org dr uitm td sudah tentu akan kami hantar pulang.jadi JDA 6777 terus meluncur ke universiti yg terkenal dgn tema "benteng terakhir bangsa Melayu" ini. "masuk,berhenti tepi", satu arahan dlm suara yg kurang jelas kedengaran dr seorang petugas keselamatan wanita berbangsa Melayu.kami masuk,berhenti di tepi dan terpinga-pinga.bingung dgn tindakan sendiri,pemandu JDA6777 masuk gear 1,menekan pedal minyak,dan mencari haluan ke blok 2 org td.

tiba-tiba dtg 2 buah motosikal mengekor rapat kami dr belakang.lantas kami disuruh berhenti.petugas keselamatan rupanya.keluarlah 2 org td dr kereta dan terus dihambur dgn kata2 kesat dari seorang petugas keselamatan yg bagaikan dirasuk dgn nafsu amarah yg membuak-buak.selesai meminta maaf,kami pun beredar.kasihan melihat 2 rakan kami tadi masih berdiri dan dimarahi dgn hebatnya dr petugas keselamatan yg merasakan dirinya begitu hebat dapat memarahi dan menengking 2 org pelajar universiti.

kusangkakan ceritanya habis di situ.rupanya cerita masih berkembang dan menuju ke klimaksnya. di pagar utama ketika mahu keluar,kami ditahan petugas wanita td.dgn gaya yang cukup angkuh dan kasar,kami ditegur,dimarahi.diperlakukan seperti seorang pendatang asing tanpa izin yg menyusup masuk ke negara ini. tiga org di dalam kereta tersebut.si pemandu yg lemah lembut dan baik hati orgnya.si penumpang hadapan, seorang pemimpin yg bijaksana dan berhemah.dan aku,si penumpang belakang yg keras hati dan panas baran.tentu sahaja aku yg cepat panas ini akan melenting dahulu setelah diperlakukan sedemikian rupa.dlm nada yg tinggi,aku menegur petugas tersebut.namun masih kujaga pemilihan kata dan tatabahasa agar tak dituduh sebagai kurang ajar.namun apakan daya,ketinggian nadaku mencerminkan siapa aku.maka bertekaklah kami berdua sambil diperhatikan si pemandu dan si penumpang hadapan.dia dgn tuduhannya yang entah apa-apa,aku dgn kedegilanku mempertahankan diri.darahku menyirap apabila identiti kami dipersoalkan."kalau betul korang student utp,tunjuk kad matrik!"manis dan indah gaya bahasa petugas tersebut."sy rasa tak perlu!mak cik takde kuasa nk tengok kad metrik kami!",balasku dlm nada separa kurang ajar memandangkan kami dilayan dgn kurang ajar juga.melihat keadaan yg tak surut,bersuaralah si penumpang hadapan dengan kalam bermadah penuh hikmah."mmg patut la dia jadi presiden",hatiku berkata mengakui hikmah dan hemah yg ada pada insan sasa ini.akhirnya tamatlah cerita pertengkaran sesama bangsa ini.

ada dua perkara yg berlegar dlm benakku selepas peristiwa ini:
1. kelaku petugas keselamatan bumiputera yg melayan pelawat sedemikian rupa.dgn arahan yg diberi secara sambil lewa dan tidak mesra,teguran yg dilontarkan secara kasar.aku mengaku kesalahan kami kerana tak mendengar arahan.tapi biarlah arahan yg dikeluarkan itu mesra dan berkesan."masuk,berhenti tepi" itu lagi sesuai rasanya jika diganti dgn "sila ambil pas pelawat sebelum encik masuk.terima kasih".lagi senang difahami dan sejuk hati mendengar.
2.sikapku sendiri yg cepat melenting dan panas baran.bila difikarkan balik,mmg byk kali aku terlibat dlm pertengkaran.antara pertengkaran terlibat; dgn nyonya kedai photostat yg x paham bahasa,seorg perempuan yg meletak kenderaannya dan menghalang laluan kenderaanku,petugas keselamatan utp,pegawai kokurikulum utp,quartermaster bilik kokurikulum,lawan dalam perlawanan futsal antara kursus,pengadil perlawanan,dan beberapa watak kecil yg lain.entah bila sikap panas baran aku akan beransur.mungkin ramai yg mengenaliku menganggap aku seorang yg mesra dan mudah bergaul.tapi hakikatnya aku seorang yg keras kepala,cepat marah,dan bernada kasar.jika tidak kerana guru,senarai itu akan menjadi lebih drpd tiga.syukur kerana adanya guru yg mendidik dan membimbing,senarai itu semakin berkurang.tapi kurasakan senarai yg tiga itu harus kubuang segera demi membawa amanat dan amanah guruku yg mulia. kuharapkan sekalian yg membaca plain post ini akan menegurku jika kalian ternampak elemen negatif yg wujud dlm diriku.aku manusia biasa,mataku hanya dua.itu pun bukan diguna untuk melihat diri sendiri.jadi,tegurlah aku.walau siapapun kalian...

Sep 23, 2008

Betulkah Melayu?

betulkah Melayu?
kalau selalu menikus
kalau selalu menyinga

betulkah Melayu?
kalau khianat jadi amalan
kalau bodoh dipijak orang

betulkah Melayu?
kalau malu tak bertempat
kalau tak tahu malu

betulkah Melayu?
kalau bangga jadi orang putih
kalau malu jadi Melayu

betulkah Melayu?
kalau tak ingin maju
kalau tak tahu bersyukur

betulkah Melayu?
kalau tak ingin ke atas
kalau tak tengok ke bawah

betulkah Melayu?
kalau takut mati
kalau cari mati

betulkah Melayu?
kalau angkat kaki
kalau tak mahu angkat tangan

betulkah Melayu?
kalau terlebih pandai
kalau bodoh

betulkah Melayu?




salam...
dlm post2 yg sebelum ni mungkin aku suka gunakan ayat yg pelik2.itu cara aku utk meningkatkan gaya penulisan dlm bahasa ibunda aku,bahasa MELAYU.
tp dlm post kali ni, aku guna ayat biasa saja.sbb aku nak menceritakan perasaan sebenar aku terhadap perkara yg paling manis pernah berlaku dlm hidup aku,selain dr tiga teratas.aku nak cerita tentang abg2 dan kakak2 aku.walaupun pada zahirnya aku dilahirkan tanpa abang dan tanpa kakak.

cerita bermula pabila aku menyertai persatuan ini.PSSCM (PSSCMUTP).pada mulanya aku tak mengenali mereka.hanya ku anggap sbg senior2 biasa.tapi perhubungan ini terus berkembang sehingga ku mengenali mereka sbg saudaraku.mereka pada mulanya kulihat hanya biasa.kulihat perhubungan sesama mereka sbg teman seronok2.tp lama kelamaan kurasakan aku khilaf.aku menjadi pelik.pelik yg teramat pelik.kenapa mereka sanggup melayan sesama mereka lebih drpd mereka melayan diri mereka sendiri?kenapa mereka begitu kerap bersalaman?kenapa sering kulihat mereka bersama?kenapa mereka boleh ceria dalam masalah ketika bersama?kenapa mereka lebih akrab drpd isi dgn kuku?apa yg membuat mereka begitu?aku pelik!aku pelik!tp aku biarkan dulu.ada silibus yg perlu disempurnakan.aku inginkan sekeping sijil yg dikatakan oleh mereka amat berharga.apa harganya?biarlah.tp aku tetap inginkan sijil itu.

dlm perjalanan mencari sijil itulah ia bermula.jawapan-jawapan kepada persoalan sedikit demi sedikit mula datang.dapat satu,aku simpan satu.dapat dua,aku simpan dua.sedikit demi sedikit.rupanya utk dapatkan sijil itu bukan mudah.lebih sukar drpd payah.teman2 yg dahulunya memenuhi segenap penjuru kian menghuni penjuru lain.mujur temanku yg dahulu menghabiskan silibus bersama aku,yg dulunya hanya ku anggap teman ada bersamaku.tapi kini mereka bukan temanku lagi.mereka sahabatku.saudaraku.seguru.kami bersama berpeluh,malah berdarah.melalui peringkat sukar itu rupanya satu kurnia kepada kami.kami berkongsi,kami menasihati,kami memegang satu sama lain.dan yg penting,kami semakin mengenali abg2 dan kakak2 kami yg membawa kami mengenal tiga teratas yg membawa kepada Yang Satu. keakraban berputik.kemesraan bercambah.

menjadi kepala utk satu aktiviti persatuan memeningkan aku.belum pernah kutahu bagaimana utk mematuhi kepala.secara tiba-tiba aku menjadi kepala.ketika silibus sebenarnya aku agak menyepi.membiarkan diri di penjuru hujung.sehingga tamat segala silibus baru ku mengorak langkah menuju ke penjuru mereka.rupanya kepeningan menjadi kepala ada hikmahnya.hari pertama kutanya satu.hari kedua kutanya dua.hari seterusnya,tanpa sedar aku ada di sisi mereka.kuputar kembali masa lalu, kulihat keakraban sesama mereka.ku kembali ke alam nyata, ku nampak diriku dlm keakraban itu.

sedikit demi sedikit aku dan teman mengenal mereka.sedikit demi sedikit persoalan yg ku pendam dulu terjawab.makan bersama,berhibur bersama,bekerja bersama,berkongsi bersama.sehinggakan mereka mampu terkesan masalahku.ajaib!teman sebilikku tak pernah tahu aku ada masalah.tapi mereka tahu.

menyertai persembahan rupanya satu lagi kurnia tuhan untuk kami.tak pernah terlintas dulu utk sama2 menyertai persembahan.abg2ku menarik ke arah itu.mereka berkongsi apa yg mereka pernah berkongsi dulu.bulatan itu membuat aku mendengar cakapan mereka.bulatan itu membuat mereka mendengar cakapan aku.dlm bulatan itu kami berkongsi.kemudian kami bersalam.kemudian kami keluar makan.kemudian kami ketawa.kemudian kami mendengar cerita.

dimarahi?ya!mereka byk kali pernah marah kepada kami.tapi marah itu tak pernah sampai ke hati.marah mereka bukan utk mereka.marah mereka utk kami.emak dan abah tiada di sini utk marahkan aku.mereka yg marahkan aku.mereka ajak kami utk mengingati tiga teratas.

ingin ku sebutkan nama mereka.tapi ku ingat kembali pesan yg mereka sampaikan.mereka bercerita bukan utk mengangkat diri mahupun menjadi contoh.tp mereka sekadar berkongsi.berkongsi apa yg mereka tahu dan faham.biarlah guru yg menjadi contoh hidup kita.

utk adik2 ku yg membaca tulisan ini.hayatilah kisah perhubungan suci murni ini.kajilah apa makna tersurat dan tersirat yg ada dlm ikatan dan jalan ini.maaf kalau aku tak mampu menyampai melalui kata.hanya tulisan yg mampu aku titipkan utk menyatakan rasa di hati.kalaulah tulisan ini memberi sesuatu utk adik2,itu bukan dari aku.itu dari Yang Satu.kalaulah tulisan ini mengeruhkan hati adik2,aku pohon maaf.aku manusia lemah dan bodoh di sisiNya.

Aug 20, 2008

ya dan tidak

pernah dulu, aku katakan tidak.tapi sekarang ku katakan ya.dan masa depan, aku sendiri tidak pasti.bukan kerja aku.

kalau diikutkan rasa, memang ku ingin katakan ya sepanjang masa.sampai ku tak mampu berkata apa2.tapi itu bukan kerja aku. ya dan tidak itu bukan aku yang tetap dan tentukan. malah ya dan tidak yang pernah aku katakan itu bukan aku yang katakan. memang aku yang katakan, tapi sebenarnya bukan aku.

menipulah aku kalau masa depan ku katakan ya, walaupun ingin ku katakan ya.manalah tahu kalau tiba2 ia menjadi tidak.bukan kerja aku. pada akhirnya, apakah kerja ku yang sebenar?

aku tak mampu bekerja.aku tak mampu berkata.malah aku tak mampu berbuat apa2.aku tiada siapa dan tiada apa.siapalah aku?

aku hanya mampu meminta.sedangkan aku meminta pun bukan aku yang minta.tak mampu aku untuk meminta.tapi ku hanya meminta agar ku mampu terus meminta.





p/s : harap penulisan ini tidak disalah tafsirkan.penulis tidak akan bertanggungjawab atas tafsiran peribadi pembaca.

Aug 18, 2008

tiga teratas

tiga yang teratas,
jangan dimungkiri,
jangan dikhianati,
jangan dilukai,
jangan derhakai.

tiga yang teratas,
patuhi,
hormati,
santuni,
taati.

tiga yang teratas,
membawa ke Yang Satu,

Aug 12, 2008

jalan ini









jalan ini ada hujungnya
diselimuti kabus tebal
yang harus diteroka
selapis demi selapis

jalan ini lurus
ditemani onak dan duri
yang harus ditempuh
satu demi satu

jalan ini indah
dilimpahi cahaya murni
yang harus disyukuri
detik demi detik

jalan ini tidak sepi
diterangi tangis dan tawa
yang harus dihayati
hari demi hari

jalan ini ada haluan
disinari dengan panduan
yang harus ditaati
zaman demi zaman

apabila selalu kuidamkan permata,tanpa kusedari yang sebenarnya ku inginkan sesuatu yang lebih berharga.luarnya hanya kaca.
kaca itu memberi rasa yang berbeza.entah mengapa,ku rasakan kaca itu lebih bernilai dari permata.ku rasakan kaca itu mampu menyinar hidupku walaupun ia hanya kaca.
lama rasanya ku mengejar permata.tapi si kaca mengubah rasa tanpa membuat apa2.mengapa?
ku rasakan si permata mampu memberikan rasa.tapi ternyata aku hampa menanti.kilau kaca membuat aku tersedar betapa nilai itu bukan ukurannya,tapi rasa.

Aug 2, 2008

hidupku 'di sini'






Maha suci Tuhanku yang maha pemurah dan maha penyayang.Dia yang memberi segala kurnia atas semua makhlukNya.Dia yang maha adil lagi maha saksama.Dia yang maha mengetahui akan segalanya di dasar bumi dan di atas langit.

sebuah perhubungan yang tak terungkap keindahannya.sebuah nikmat kurnia dari Nya.sebuah kisah persaudaraan yang ikhlas dan bermakna.

kepadaNya aku meminta belas dan kasihan.kepadaNya aku menadah tangan.kepadaNya ku menghadap dan mengharap.kekalkan jalan kami 'di sini'

Jun 27, 2008

dunia merpati

dari kejauhan kuperhatikan
merpati melayang riang
berteman,bercinta dan berkasih

dari kejauhan kuperhatikan
keindahan alam
disinari bahagia cinta si merpati

di sini, di sudut hati
sepi tak berpenghuni
terbang seorang tanpa teman

di sini, di sudut hati
masih melihat merpati
terbang dan ketawa, gembira

wahai merpati,
terbang lah engkau
melebar sayapmu, melihat dunia

May 28, 2008

aku dan umurku

diriku peribadi....tempat aku meluahkan curahan hati dan perasaan serta berkongsi cerita dan pengalaman bersama teman yang sudi untuk melayari tulisan ini.kalam tidak bersusun,kadang tanpa makna hanya sekadar pemanis bicara.


melihat gambar ku sendiri membenihkan satu perasaan dalam diri.umurku sudah mencecah angka 2 di hadapan.alam belasan tahun telah ditinggalkan. kalau dibandingkan dengan gambar 2 atau 3 tahun dulu, dah tak serupa.garis-garis kedewasaan sudah kenampakan."dah bujang"kata orang2 kampung aku."dah boleh kahwin dah",satu lagi ayat yang boleh membuat aku tersenyum sendiri.

setelah 20 tahun aku berdiri di bumi Melayu ini,hidup di dalam jasad seorang anak Melayu,dilahirkan terus sebagai seorang Islam, dan memegang gelaran "anak" selama ini,apa sumbangan yang dah aku lakukan terhadap agama, bangsa, negara, masyarakat, keluarga, mahupun diriku sendiri.mungkin ada,tapi apa?mungkin tiada, mengapa?