diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...

May 28, 2008

aku dan umurku

diriku peribadi....tempat aku meluahkan curahan hati dan perasaan serta berkongsi cerita dan pengalaman bersama teman yang sudi untuk melayari tulisan ini.kalam tidak bersusun,kadang tanpa makna hanya sekadar pemanis bicara.


melihat gambar ku sendiri membenihkan satu perasaan dalam diri.umurku sudah mencecah angka 2 di hadapan.alam belasan tahun telah ditinggalkan. kalau dibandingkan dengan gambar 2 atau 3 tahun dulu, dah tak serupa.garis-garis kedewasaan sudah kenampakan."dah bujang"kata orang2 kampung aku."dah boleh kahwin dah",satu lagi ayat yang boleh membuat aku tersenyum sendiri.

setelah 20 tahun aku berdiri di bumi Melayu ini,hidup di dalam jasad seorang anak Melayu,dilahirkan terus sebagai seorang Islam, dan memegang gelaran "anak" selama ini,apa sumbangan yang dah aku lakukan terhadap agama, bangsa, negara, masyarakat, keluarga, mahupun diriku sendiri.mungkin ada,tapi apa?mungkin tiada, mengapa?

1 reaksi:

Nur Amin Makhtar said...

bravo bro!
keep it up :)