sabtu lalu (1 nov 08) aku dan beberapa rakanku termasuk 2 org dari uitm seri iskandar telah ke politeknik ungku omar (puo) kerana menghadiri program interaksi mereka.habis sesi ceramah en arif zainudin kami pun berangkat pulang dalam suasana yg ceria,dgn aku hanyut dlm mimpi ketika dlm perjalanan.
singgah la kami di sebuah kedai makan berhampiran perhentian bas seri iskandar mengenangkan tembolok yg belum diisi makanan ruji sejak tengah hari.makan,merokok,dan bersembang.dan tibalah masa utk pulang.menyambung tugas sbg pelajar ipt.
dua org dr uitm td sudah tentu akan kami hantar pulang.jadi JDA 6777 terus meluncur ke universiti yg terkenal dgn tema "benteng terakhir bangsa Melayu" ini. "masuk,berhenti tepi", satu arahan dlm suara yg kurang jelas kedengaran dr seorang petugas keselamatan wanita berbangsa Melayu.kami masuk,berhenti di tepi dan terpinga-pinga.bingung dgn tindakan sendiri,pemandu JDA6777 masuk gear 1,menekan pedal minyak,dan mencari haluan ke blok 2 org td.
tiba-tiba dtg 2 buah motosikal mengekor rapat kami dr belakang.lantas kami disuruh berhenti.petugas keselamatan rupanya.keluarlah 2 org td dr kereta dan terus dihambur dgn kata2 kesat dari seorang petugas keselamatan yg bagaikan dirasuk dgn nafsu amarah yg membuak-buak.selesai meminta maaf,kami pun beredar.kasihan melihat 2 rakan kami tadi masih berdiri dan dimarahi dgn hebatnya dr petugas keselamatan yg merasakan dirinya begitu hebat dapat memarahi dan menengking 2 org pelajar universiti.
kusangkakan ceritanya habis di situ.rupanya cerita masih berkembang dan menuju ke klimaksnya. di pagar utama ketika mahu keluar,kami ditahan petugas wanita td.dgn gaya yang cukup angkuh dan kasar,kami ditegur,dimarahi.diperlakukan seperti seorang pendatang asing tanpa izin yg menyusup masuk ke negara ini. tiga org di dalam kereta tersebut.si pemandu yg lemah lembut dan baik hati orgnya.si penumpang hadapan, seorang pemimpin yg bijaksana dan berhemah.dan aku,si penumpang belakang yg keras hati dan panas baran.tentu sahaja aku yg cepat panas ini akan melenting dahulu setelah diperlakukan sedemikian rupa.dlm nada yg tinggi,aku menegur petugas tersebut.namun masih kujaga pemilihan kata dan tatabahasa agar tak dituduh sebagai kurang ajar.namun apakan daya,ketinggian nadaku mencerminkan siapa aku.maka bertekaklah kami berdua sambil diperhatikan si pemandu dan si penumpang hadapan.dia dgn tuduhannya yang entah apa-apa,aku dgn kedegilanku mempertahankan diri.darahku menyirap apabila identiti kami dipersoalkan."kalau betul korang student utp,tunjuk kad matrik!"manis dan indah gaya bahasa petugas tersebut."sy rasa tak perlu!mak cik takde kuasa nk tengok kad metrik kami!",balasku dlm nada separa kurang ajar memandangkan kami dilayan dgn kurang ajar juga.melihat keadaan yg tak surut,bersuaralah si penumpang hadapan dengan kalam bermadah penuh hikmah."mmg patut la dia jadi presiden",hatiku berkata mengakui hikmah dan hemah yg ada pada insan sasa ini.akhirnya tamatlah cerita pertengkaran sesama bangsa ini.
ada dua perkara yg berlegar dlm benakku selepas peristiwa ini:
1. kelaku petugas keselamatan bumiputera yg melayan pelawat sedemikian rupa.dgn arahan yg diberi secara sambil lewa dan tidak mesra,teguran yg dilontarkan secara kasar.aku mengaku kesalahan kami kerana tak mendengar arahan.tapi biarlah arahan yg dikeluarkan itu mesra dan berkesan."masuk,berhenti tepi" itu lagi sesuai rasanya jika diganti dgn "sila ambil pas pelawat sebelum encik masuk.terima kasih".lagi senang difahami dan sejuk hati mendengar.
2.sikapku sendiri yg cepat melenting dan panas baran.bila difikarkan balik,mmg byk kali aku terlibat dlm pertengkaran.antara pertengkaran terlibat; dgn nyonya kedai photostat yg x paham bahasa,seorg perempuan yg meletak kenderaannya dan menghalang laluan kenderaanku,petugas keselamatan utp,pegawai kokurikulum utp,quartermaster bilik kokurikulum,lawan dalam perlawanan futsal antara kursus,pengadil perlawanan,dan beberapa watak kecil yg lain.entah bila sikap panas baran aku akan beransur.mungkin ramai yg mengenaliku menganggap aku seorang yg mesra dan mudah bergaul.tapi hakikatnya aku seorang yg keras kepala,cepat marah,dan bernada kasar.jika tidak kerana guru,senarai itu akan menjadi lebih drpd tiga.syukur kerana adanya guru yg mendidik dan membimbing,senarai itu semakin berkurang.tapi kurasakan senarai yg tiga itu harus kubuang segera demi membawa amanat dan amanah guruku yg mulia. kuharapkan sekalian yg membaca plain post ini akan menegurku jika kalian ternampak elemen negatif yg wujud dlm diriku.aku manusia biasa,mataku hanya dua.itu pun bukan diguna untuk melihat diri sendiri.jadi,tegurlah aku.walau siapapun kalian...
Syaitan
5 years ago
5 reaksi:
ini rupanya kisah tu..hehe~
si pemandu yg lemah lembut dan baik hati orgnya.si penumpang hadapan, seorang pemimpin yg bijaksana dan berhemah.dan aku,si penumpang belakang yg keras hati dan panas baran. - mcm kenal ja...ah-ha!~
"mmg patut la dia jadi presiden",hatiku berkata mengakui hikmah dan hemah yg ada pada insan sasa ini. - hurm...setuju~
"Assalamualaikum encik. saya ahli silat cekak utp, nak masuk ke kelas silat uitm ni"
"ni cekak ape ni?" kata Encik Gad.
"cekak malaysia"
"Oh, saya dulu ahli juga, kelas di Pahang. Salam dulu" kata Encik Gad.
Budi bahasa amalan kita. Hehe... Pakgad uitm mmg terkenal dgn kekurengan perangainya. Soba je la. Bagi salam kenalkan diri. Cakap tujuan. Kalau dah curfew hours tu mintak maap dulu.
Orang datang cara baik kite sambut cara baik. Next time dia da kenal senang sikit nak masuk. Bak kata abg Halim kat ipt ni antara org yang kene jaga adalah pakgad. huhu
"hatiku berkata mengakui hikmah dan hemah yg ada pada insan sasa"
kord..kelakar ayat ko haha
salam..
abg kord..
saper presidern tyme tu??
abg arep ke.. abg rambo??
abg ashkam-terima kasih atas ingatan
diyana,abg amin,kierah- yg lemah lembut tu abg nuri,yg sasa tu rambo la.hahahaha
Post a Comment