diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...




salam...
dlm post2 yg sebelum ni mungkin aku suka gunakan ayat yg pelik2.itu cara aku utk meningkatkan gaya penulisan dlm bahasa ibunda aku,bahasa MELAYU.
tp dlm post kali ni, aku guna ayat biasa saja.sbb aku nak menceritakan perasaan sebenar aku terhadap perkara yg paling manis pernah berlaku dlm hidup aku,selain dr tiga teratas.aku nak cerita tentang abg2 dan kakak2 aku.walaupun pada zahirnya aku dilahirkan tanpa abang dan tanpa kakak.

cerita bermula pabila aku menyertai persatuan ini.PSSCM (PSSCMUTP).pada mulanya aku tak mengenali mereka.hanya ku anggap sbg senior2 biasa.tapi perhubungan ini terus berkembang sehingga ku mengenali mereka sbg saudaraku.mereka pada mulanya kulihat hanya biasa.kulihat perhubungan sesama mereka sbg teman seronok2.tp lama kelamaan kurasakan aku khilaf.aku menjadi pelik.pelik yg teramat pelik.kenapa mereka sanggup melayan sesama mereka lebih drpd mereka melayan diri mereka sendiri?kenapa mereka begitu kerap bersalaman?kenapa sering kulihat mereka bersama?kenapa mereka boleh ceria dalam masalah ketika bersama?kenapa mereka lebih akrab drpd isi dgn kuku?apa yg membuat mereka begitu?aku pelik!aku pelik!tp aku biarkan dulu.ada silibus yg perlu disempurnakan.aku inginkan sekeping sijil yg dikatakan oleh mereka amat berharga.apa harganya?biarlah.tp aku tetap inginkan sijil itu.

dlm perjalanan mencari sijil itulah ia bermula.jawapan-jawapan kepada persoalan sedikit demi sedikit mula datang.dapat satu,aku simpan satu.dapat dua,aku simpan dua.sedikit demi sedikit.rupanya utk dapatkan sijil itu bukan mudah.lebih sukar drpd payah.teman2 yg dahulunya memenuhi segenap penjuru kian menghuni penjuru lain.mujur temanku yg dahulu menghabiskan silibus bersama aku,yg dulunya hanya ku anggap teman ada bersamaku.tapi kini mereka bukan temanku lagi.mereka sahabatku.saudaraku.seguru.kami bersama berpeluh,malah berdarah.melalui peringkat sukar itu rupanya satu kurnia kepada kami.kami berkongsi,kami menasihati,kami memegang satu sama lain.dan yg penting,kami semakin mengenali abg2 dan kakak2 kami yg membawa kami mengenal tiga teratas yg membawa kepada Yang Satu. keakraban berputik.kemesraan bercambah.

menjadi kepala utk satu aktiviti persatuan memeningkan aku.belum pernah kutahu bagaimana utk mematuhi kepala.secara tiba-tiba aku menjadi kepala.ketika silibus sebenarnya aku agak menyepi.membiarkan diri di penjuru hujung.sehingga tamat segala silibus baru ku mengorak langkah menuju ke penjuru mereka.rupanya kepeningan menjadi kepala ada hikmahnya.hari pertama kutanya satu.hari kedua kutanya dua.hari seterusnya,tanpa sedar aku ada di sisi mereka.kuputar kembali masa lalu, kulihat keakraban sesama mereka.ku kembali ke alam nyata, ku nampak diriku dlm keakraban itu.

sedikit demi sedikit aku dan teman mengenal mereka.sedikit demi sedikit persoalan yg ku pendam dulu terjawab.makan bersama,berhibur bersama,bekerja bersama,berkongsi bersama.sehinggakan mereka mampu terkesan masalahku.ajaib!teman sebilikku tak pernah tahu aku ada masalah.tapi mereka tahu.

menyertai persembahan rupanya satu lagi kurnia tuhan untuk kami.tak pernah terlintas dulu utk sama2 menyertai persembahan.abg2ku menarik ke arah itu.mereka berkongsi apa yg mereka pernah berkongsi dulu.bulatan itu membuat aku mendengar cakapan mereka.bulatan itu membuat mereka mendengar cakapan aku.dlm bulatan itu kami berkongsi.kemudian kami bersalam.kemudian kami keluar makan.kemudian kami ketawa.kemudian kami mendengar cerita.

dimarahi?ya!mereka byk kali pernah marah kepada kami.tapi marah itu tak pernah sampai ke hati.marah mereka bukan utk mereka.marah mereka utk kami.emak dan abah tiada di sini utk marahkan aku.mereka yg marahkan aku.mereka ajak kami utk mengingati tiga teratas.

ingin ku sebutkan nama mereka.tapi ku ingat kembali pesan yg mereka sampaikan.mereka bercerita bukan utk mengangkat diri mahupun menjadi contoh.tp mereka sekadar berkongsi.berkongsi apa yg mereka tahu dan faham.biarlah guru yg menjadi contoh hidup kita.

utk adik2 ku yg membaca tulisan ini.hayatilah kisah perhubungan suci murni ini.kajilah apa makna tersurat dan tersirat yg ada dlm ikatan dan jalan ini.maaf kalau aku tak mampu menyampai melalui kata.hanya tulisan yg mampu aku titipkan utk menyatakan rasa di hati.kalaulah tulisan ini memberi sesuatu utk adik2,itu bukan dari aku.itu dari Yang Satu.kalaulah tulisan ini mengeruhkan hati adik2,aku pohon maaf.aku manusia lemah dan bodoh di sisiNya.

4 reaksi:

eVy-D-YaNa said...

best baca post ni...
hanya kita yg faham hubungan keluarga ni... =)
utk abang2 & kakak2 yg dikasihi...
sangat2 SAYANG semua!~

-adik-

Anonymous said...

T_T
sedih bace..tp itulah kenyataannya...terima kasih ats peringatan ;)

asotoko said...

^_^

fishies said...

salam~
abg kord..

kierah baca blog nie dalam kul 3 pagi.. tyme semua org da tido da.. first baca.. memeng touching.. sangat2 terharu bile mengenangkan yang disini kierah mempunyai mereka semua.
mereka bukan setakat sahabat tetapi saudara susah n senang..

kierah sekarang pun sedang melalui proses yang sama.. kawan2 mula menjauhi kerana terlalu commited pada persatuan kita.. but that okay.. as lons as i got them as my famili..

mekasih atas penulisan blog nie sebab mengingatkan kierah pada diri kierah jugak.. kierah bukan keseorangan dalam melayari idup di sini..

kierah ader kamu semua untuk memerhati.. menasihat dan menegur..

mekasih~