diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...

Dec 14, 2009

IPT Perak menggegar

pada 12 dan 13 Disember 2009 telah berlangsung karnival wajadiri ipt kebangsaan kali ke-3. program tersebut telah berlangsung dengan meriah dengan penyertaan 32 buah ipt. skuad dari negeri perak telah menghantar 3 buah pasukan diwakili oleh utp, uitm perak, dan puo atas nama PSSCM IPT PERAK. dengan penyertaan seramai 33 orang termasuk pengurus, 3 pasukan ini telah berjaya memenangi 1 emas, 1 perak, dan 3 gangsa dengan setiap ipt berjaya mendapat pingat.

walaupun terdapat berbagai rintangan dalam melakukan persiapan menjelang hari pertandingan terutamanya dari segi latihan dan logistik, namun segala halangan tersebut berjaya ditempuhi bersama-sama. dengan masa yang agak terhad ekoran jadual peperiksaan yang berbeza bagi ketiga-tiga ipt, namun para peserta telah membuktikan bahawa setiap rintangan akan dapat diatasi sekiranya dihadapi bersama-sama. sememangnya telah banyak masa, tenaga, dan wang ringgit yang telah dikorbankan bersama-sama dalam melakukan persiapan serta penyertaan untuk program ini.

tiada kata yang mampu diucap untuk membalas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan. hanya kata terima kasih mampu dihulur atas segalanya. terima kasih kepada sahabat-sahabat dari utp kerana menyediakan penginapan, pengangkutan serta kemudahan lain untuk pasukan ini. juga terima kasih kepada ahli-ahli wanita utp kerana sanggup berkorban nama dengan bertanding atas tiket uitm perak dan puo. seterusnya terima kasih juga kepada sahabat-sahabat dari uitm perak yang sanggup mengorbankan waktu cuti mereka serta kesudian mereka untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam pasukan yang bertanding atas tiket utp. tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari puo yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan wang ringgit untuk menjalani latihan walaupun ada yang terpaksa berulang alik setiap hari tambahan pula mereka sedang menduduki peperiksaan akhir. akhir sekali tidak lupa kepada semua ahli yang membantu sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan yang telah kalian lakukan.

memanglah benar sekiranya sesuatu perkara itu jika kita lakukan secara bersama dan bersatu, pasti akan mendatangkan nikmat. walaupun tidak berjaya mencapai johan keseluruhan, namun sebenarnya Tuhan telah memberi kita lebih dari sekadar kemenangan. terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menafsirkan bentuk nikmat dan kurnia dariNya kepada kita. Tuhan itu maha adil dan saksama. marilah kita panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepadaNya atas nikmat ini.

diharapkan agar kesejatian dalam perhubungan ini dapat kita teruskan selagi nama Melayu itu tertegak atas muka bumi ini. janganlah kilauan pingat membuat kita lupa dan alpa pesanan guru-guru kita. sesungguhnya pertandingan ini hanya kulit yang perlu kita kupas agar nikmat kemanisan isinya dapat kita nikmati bersama-sama generasi demi generasi.

kita memang tak menang semasa pertandingan ini, kerana kita telah menang sebelum, semasa, dan harapnya selepas pertandingan ini.


hasil darah, peluh, dan air mata

9 reaksi:

khairi 21 said...

bile iklas bersatu dan xde hasad dengki sesama kite, maka Tuhan beserta dan diberi kurnia kpd sume. peliharalah baik2.tahniah dan syabas buat semua yg terlibat :)

MINDA MELAYU said...

syabas dn tahniah kpd semua....

sabrinadanial said...

sedih
da x dak trening
hahaha

eVy-D-YaNa said...

bestnya~

nurizuan @ nuri said...

sab nk trening lg tu, mntak dia bt demo sepasang 30minit.hahahaha...

dlm sngguh kate2 khairi,dalam dunia srba fitnah ini,ikhlas bleh dikatakan hmpir mustahil untk dijmpai,melainkan di dalam *****

renung-renungkan,dan selamat beramal~~

Nash™ said...

gegar yob gegar!

tahniah utk semua!

JawS said...

syabas dan tahniah...

kpd kord,semoga dpt pengganti sbb ko mmg ketua kontijen kwd ke-3 ipt perak yg terbaik...

dgn komitmen yg tinggi drpd semua..terima kasih..

semoga segala yg baik dpt dipelihara utk selamanya...

yunyung said...

tahniah semua~! :)

*dalam ape tuh nuri? huk..

Anonymous said...

huk!huk! kord, lps nie ko kena cari pengganti..(kata jawa). dah jumpa lom? hehehe!!

hrp2 adik2 lps ni akn trus mjulang nama PSSCM IPT PERAK....