beberapa hari sebelum berlakunya runtuhan, si penguasa dengan lantang mengutuk orang yang menjemputnya menghadiri sebuah majlis. memang tidak berbudi.sudahlah dijemput makan percuma, sanggup pula menongkah majlis dengan ucapan sinisnya. dikatanya teratak si penjemput itu buruk benar rupanya. akhirnya sebuah mercu tanda kebanggaan si penguasa lebur bersama egonya.
ini kisah si penguasa yang lain pula. pada awalnya dia dijemput menghadiri sekaligus merasmi sebuah acara penting. namun, tiba saat kejadian hanya anak buahnya sahaja yang muncul. alasan yang diberi merupakan alasan biasa orang yang berkuasa. sibuk. namun, setelah runtuhnya mercu tanda yang juga di bawah tanggungjawabnya, turun juga dia ke negeri si penguasa pertama tadi.
saya ada dua buah peribahasa Melayu yang sesuai untuk ditujukan kepada kedua-dua penguasa.
penguasa pertama- orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa
penguasa kedua- rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari
p/s: mulut saya jahat. tapi tangan saya lagi jahat.
Syaitan
5 years ago
5 reaksi:
Musuh jangan dicari, kalau bersua jangan dielakkan.
Ni peribahasa komik hong kong. haha
sy pun ade satu peribahasa komik hong kong.
"seperti ikan meliuk dalam air"
aku baru terpikir2 nak tulis, tapi ko dah tulis dah. tapi takpe, aku nak tulis gak haha.
huhu...kerna mulut, bukan setakat badan binasa.....
ahak2... sebbek sya tido tym die berucap.. dengar orang crite jek dah saket hati.. nih lagi kalu dengar sendri die kutuk.. huk2.. kalu tak bertambah2 sakit hati..
super cisnan sebijik tok si penguasa itu...
Post a Comment