diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...

lebih kurang sembilan hari lagi, akan pulang lah saya dari desa ke perantauan. menuntut ilmu itu sangatlah dituntut. maka perlulah untuk saya terus menuntut.

selepas dicongak, hanya tinggal lebih kurang setahun untuk saya menamatkan pengajian. itu pun jika tiada sebarang aral melintang sepanjang tempoh tersebut. harap-harapnya tiada. jika ada, maka saya terima. jika memang tiada, amatlah bersyukur kepadaNya.

seorang graduan akan menempuh pula alam pekerjaan setelah mereka menamatkan pengajian. kebiasaannya mereka akan memilih cabang kerjaya yang berkait dengan jurusan yang diambil. seorang pelajar jurusan kejuruteraan sudah tentu memilih kerjaya sebagai seorang jurutera, jurusan perguruan sebagai guru, jurusan perubatan sebagai doktor, dan sebagainya.

seterusnya adalah tempoh untuk mereka mengumpulkan aset. biasanya, kenderaan adalah perkara yang diutamakan. seperti sudah menjadi keperluan dan tidak boleh dinafikan lagi. status kewangan juga harus dikukuhkan kerana mereka akan menempuh alam yang lain pula selepas ini.

alam perkahwinan,itulah yang saya maksudkan. daripada satu menjadi dua. dan daripada dua barulah menjadi banyak. maka semakin besar tanggungjawab, semakin banyak perkara perlu diambil kira, dan semakin tinggi keperluan.

selepas zaman ini, mereka akan melalui pula proses penghidupan yang semakin landai. pada ketika ini, mereka lebih bebas memilih cara untuk hidup berbanding menyesuaikan diri dengan cara hidup. makna kata, terpulang pada mereka untuk menjalani hidup yang bagaimana. masih seperti sebelumnya? atau nekad memulakan sesuatu yang baru?

meneliti proses di atas, dapat disimpulkan hidup kita seperti suatu kitaran. justeru, dalam kitaran itu manakah kemuncaknya sebuah kehidupan? apakah yang merencana kitaran itu sehingga menjadi begitu teratur dan berseni?

4 reaksi:

chillsberry said...

all the best kord.

MINDA MELAYU said...

dn igt kitaran ini akn diulang pula oleh keturunan kta generasi strusnya.y kita suatu ketika dlu melhat org2 dewasa melalui kitaran hingga tiba saat kita melaluinya.andai kitaran ini brtrusan,apakah ini sj penghidupan kita?adkh itu tujuan hidup?kalau begitu,kosong sj hidup manusia tanpa trisi suatu y pntig.tp apkah y penting tersebut?apakah dalam fikiran manusia itu akn berterusan mengikut kitaran y telah sedia ada?siapa pula y akn menyedarkn mereka bhawa kitaran itu hanya suatu kitaran?dalam kitaran bulatan itu pasti ada sesuatu di dlamnya.jika itu y mengukuhkn kitaran tsebut,sdah pasti 'ia'sesuatu y sgt pnting dan berharga.pasti membentuk kitaran padat,..penuh ia suatu kepastian,,apa itu???

Nash said...

smoga yang dirancang itu diberkati dan dirahmatiNYA.

jmpe di UTP~!

anak melayu said...

bro chills-tq bro.all the best to u too.x saba nk tgk abg pki jubah.

sedara minda melayu-anda betul.dan soalan anda telah menjawab soalan saya.

nash-insya Allah.jupe mung di nung.