entri ini ditulis ketika saya masih belum boleh tidur ekoran menunggu baju yang sedang dibasuh. banyak sungguh perkara yang ingin saya tuliskan, namun semuanya terbantut ekoran tuntutan kerja yang bertimpa-timpa. namun saya terpaksa juga menulis bagi mengelakkan blog ini dimakan anai-anai dan dipenuhi sawang.
melalui entri ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan demonstrasi pengambilan ahli baru PSSCM UTP semester July 2009.
walaupun rata-rata ahli skuad merupakan muka baru, namun kegigihan serta komitmen yang mereka berikan seharusnya dicontohi oleh yang lain. sejambak tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengharungi latihan yang memenatkan serta mampu menahan gugup dan gemuruh di hadapan khalayak umum.
seterusnya saya ingin menyeru diri ini serta rakan-rakan ahli yang lain di UTP khasnya bagi terus menabur jasa serta menyumbangkan keringat dan masa bagi membantu menjalankan segala aktiviti persatuan. peruntukan masa 24 jam sehari 7 hari seminggu amat cukup untuk kita memenuhi segala tuntutan kehidupan. jangan dibazirkan masa yang terus berlalu. rancanglah segala urusan dengan cermat dan teliti.
ada suatu perkara menarik yang ingin saya ceritakan. tapi bukan kali ini. cerita tersebut perlu digarap lebih menarik agar mesej yang ingin saya sampaikan jelas dan mudah difahami. nantikan...
Syaitan
5 years ago
4 reaksi:
Tahniah & terima kasih tuan komanden. :)
Semoga mencapai sasaran. Dengan izin Tuhan.
p/s: bila aku baca blog2 org lain, aku tau ko telah menjalankan tugas komandan dengan bagus.
diyana- tahniah dan terima kasih juga...
abg amin-sepatutnya org pertama yg perlu saya berterima kasih adalah abg amin sendiri.beliau merupakan org pertama yg menceritakan ttg demo kpd sy.waktu itu,sy masih belum tamat.jasa beliau amat besar.biarlah Tuhan saja yg memberikan pulangan saham beliau ke atas sy.
patut la kord power..guru demo dia abg amin..
Post a Comment