kata orang memang macam-macam.begini dan begitu,ini dan itu.
tak akan pernah berhenti walau sesaat.
sesedap rasa mengatur ayat,seenak budi mengarang puisi.
itu salah,ini tak betul.
akhirnya sendiri mengaku dia yang betul.
jenuh dicuba memuaskan hati dan mulut orang lain,
hati lain pula yang terguris,mulut lain pula yang mengata.
tak akan pernah habis.
kita bising salah,kita diam pun salah.
habis bilanya kita yang betul?
senang saja,bila kita suapkan mulut mereka dengan halwa dunia,maka senyaplah mereka.
tapi maaf,kita tak punya apa untuk diberi.hanya senyuman mampu dihulur.
walau senyuman dibalas senyuman,kata dan kutukan masih dilemparkan.
tapi,teruskan tersenyum.walau mereka terus mengata.
tak perlu diendah kata mereka.sedikit kita tak rugi,sedikit kita tak untung.
dengar sahaja.jangan menyahut.bersabar dan bertindak benar.
tapi,jangan sampai kepala diinjak!
katakan pada mereka, tak mengapa kalau terus mengata.
walau kering air liur basi,kita sedikit tak peduli.
tapi kalau maruah disentuh,wibawa dicabar,sedarlah kita juga manusia.
had sabar tetap ada.
bertindak dengan akal,sesuai dengan jiwa,terhalang oleh nafsu.
Syaitan
5 years ago
3 reaksi:
bahasa melayu kau. memang buat aku cemburulah.
jeles jugak~
mulut orang biarlah... lambat laun mereka pasti faham tujuan kita.. insya Allah.. moga mereka tak terlambat untuk menyedarinya...
betul..
payah untuk memuaskan hati semua pihak
benarlah kata-kata abg kord..
pasti ada halangan untuk kita berbuat perkara yang benar..
Post a Comment