malam kelmarin,aku di sini
malam semalam,aku di sini
malam ini,aku masih di sini
aku pasrah menunggu,
walau seribu tahun selepas seratus tahun berlalu.
aku hanya tahu menunggu,
dan bila ia muncul,
kulebarkan sayapku,
terbang,dan terus terbang.
walau aku tahu ia jauh,
walau aku tahu ia cantik,
walau aku tahu ia di samping bintang gemerlapan,
namun aku percaya,
bahawa suatu hari,
aku dan dia pasti bersama.
bersama malam,ku kepilkan lagu hati,
buat di kongsi pungguk kesepian,
seorang,tidak berteman.
marilah kita berkongsi perasaan wahai pungguk,
aku tahu rindumu pada bulan,
aku tahu,aku tahu,
kerana begitu juga rinduku padanya,
yang tak akan pernah padam,
selagi adanya bulan,
selagi adanya malam.
kini teman mu,si bulan sudah muncul
wahai pungguk,
pergilah,pergilah,
kibarkan sayap malammu,
melayan kunjungan temanmu.
aku?
biarlah aku di sini,
aku gembira melihatmu,
riang dan terbang,
bersama si bulan.
biarlah,biarlah,
aku di sini
kini si pungguk sudah tiada
untuk mendengar kata pujangga,
dari aku yang tak punya apa,
tiada harta,tiada rupa,tiada bahasa
masa berlalu dan terus berlalu,
si pungguk entah di mana,
mungkin ia gembira,
bersama kekasihnya si bulan.
masa masih lagi terus berlalu,
ku dengar dari angin,
si pungguk tiada lagi,
habis hayatnya mengejar bulan,
rupanya bulan itu jauh,
sangat jauh,
si pungguk tak mampu memiliki bulan.
aku?
aku masih di sini,
berpujangga tanpa siapa yang mendengar,
melayan rindu,melayan syahdu
si angin membisik padaku,
si pungguk itu seribu kali lebih baik dariku,
mungkin sejuta kali lebih baik dariku,
si pungguk itu sebenarnya muak mendengar pujanggaku,
yang hanya tahu merindu dan merintih,
si pungguk itu megah mengibar sayap rindunya pada bulan,
walau ia tahu bulan itu jauh,
walau ia tahu bulan itu cantik,
hanya layak untuk si bintang gemerlapan,
namun rindunya pada bulan dibuktikan,
walau rindu itu membawa pada ajalnya.
salam...
pada 15 Disember 2008 yang lepas,aku telah disaman oleh polis ekoran tidak memakai tali pinggang kaledar (betul ke eja 'kaledar'?).ini bukannya yang aku nak ceritakan.
maka pada hari ini (6 Januari 2009) aku cuba untuk melunaskan saman tersebut di balai polis pontian.setelah bersusah-payah memohon cuti separuh hari dengan orang atasan,maka aku pun bergegas menuju ke balai polis.aku terpaksa membayar saman tersebut di balai polis pontian agar rayuan aku untuk dikurangkan jumlah kompaun akan diterima.rayuan tersebut tak akan diterima jika dibuat di balai polis lain. tetapi...jeng3x! satu perkara yang menyentuh hati dan perasaan aku telah berlaku.aku tak tahu bagaimana nak menstrukturkan peristiwa tersebut dalam bentuk ayat.ikuti sahaja perbualan di bawah.
kord: salam encik.trafik kat mane?
polis: nak buat apa?
kord: err..nak bayar saman.
polis: oh,hari ni tak boleh bayar saman.
kord: lorh....nape plak??
polis: hari ni kitorang nak pindah balai baru.komputer semua dah angkut.besok lusa la baru bayar.
kord: tak boleh buat manual ke?
polis: mane boleh.sistem tak siap lagi.nanti tak masuk dalam database.
(perbualan dihentikan)
inilah senario sistem di Malaysia.apalah salahnya jika dibuka kaunter bayaran sementara,ataupun temporary system,ataupun manual key input,ataupun pemprosesan secara batch processing,ataupun 1001 cara yang lain(ceh,mentang2 aku budak IT).tergamak sungguh mereka membazirkan masa ,wang (duit minyak + gaji half day),dan tenaga orang awam semata-mata tak mahu keluar modal buat back-up system.menyenangkan kerja mereka katanya.habis kami ni tak nak senang ke?kami ni tak ada kerja lain ke selain bayar saman?sudahlah tanpa sebarang notis ataupun pengumuman.
satu perumpamaan untuk mereka:
parking kereta tengah jalan.bila orang tanya,dia jawab "nanti senang nak keluar."
satu perangai yang "mulia"...
salam...
rasanya dah dimakan anai2 blog aku ni memandangkan dah lama tak berisi dengan post2 baru.kepada yang rajin mengikuti tulisan aku,terima kasih diucapkan.
oleh sebab dah lama tak menulis,rasanya agak lain macam untuk menulis.seperti kehilangan sentuhan dan idea.pemilihan kata dan juga aturan tatabahasa mungkin jadi sedikit kacau.tapi aku cuba sebaik mungkin untuk menulis.berikut merupakan laporan sepanjang akhir tahun 2008:
pada detik post ini ditulis,genap sebulan aku bergelar sebagai student trainee di sebuah kilang di selatan tanah air.pada 1 disember lepas,aku mula mendaftar masuk sebagai pelajar latihan praktikal industri di Epson Precision (Johor) Sdn. Bhd. ,Kempas, Johor Bahru,Johor.Ianya merupakan sebuah kilang sebenarnya.tapi kilang ni bukan sebarang kilang.antara sepuluh teratas kilang terbaik di Malaysia.dari segi prosedurnya,pengeluarannya,saiznya,gerak kerjanya,suasananya,dan juga piawaiannya.oleh sebab kilang ini dimiliki oleh syarikat Jepun(Epson),maka segala budaya Jepun diserap ke kilang ini.datang awal,balik lambat(7.50 pg-5.30 ptg),waktu rehat terhad,tahap disiplin yang mengagumkan,dan lain2 lagi budaya Jepun.pada awalnya aku berasa kekok,tapi lama-kelamaan baru aku perasan yang sebenarnya budaya2 positif masyarakat Jepun sebenarnya dicedok dari satu budaya unggul yang tiada tanding taranya di muka bumi ini.itulah dia budaya yang sepatutnya menjadi amalan seorang Melayu Mukmin.3 asas utama;amanah jangan pecah,janji jangan mungkir,cakap jangan bohong.hmm...
seterusnya,sekitar kursus tp dan hari tp di IKBN Alor Gajah di Melaka.aku rasa nama IKBN tersebut perlu ditukar ekoran kesesatan yang dialami oleh ramai ahli2 yang menuju ke Alor Gajah walhal tempat tersebut lebih sinonim dgn pekan Masjid Tanah.namun aku rasa bersyukur dapat hadir kedua-dua program tersebut tanpa ada sebarang masalah besar.terubat rindu di hati dapat bertemu sahabat2,abg2,kakak2,dan adik2(Khairi je kot yg adik.huhu) yang dah lama tak berjumpa,yang akan lama tak jumpa,dan akan sukar untuk berjumpa selepas ini.namun begitu aku berasa sedih kerana Guru Utama tak dapat bersama ekoran kesihatan beliau yang tak mengizinkan.sama-samalah kita bermohon agar kesihatan beliau kembali seperti sedia kala.
melangkah masuk tahun 2009,banyak perkara semakin hampir.abg2 dan kakak2 final year hampir grad,pak lah makin hampir meletak jawatan,najib semakin hampir untuk berkuasa,banyak sektor ekonomi dijangka hampir lumpuh,dan berbagai perkara lagi.namun satu perkara, jangan biarkan negara kita yang tercinta ini hampir2 diberakkan oleh bangsat2 yang tak sedar diri diuntung di negara orang.bersatu dan berpadu demi agama,bangsa,dan negara.
sabtu lalu (1 nov 08) aku dan beberapa rakanku termasuk 2 org dari uitm seri iskandar telah ke politeknik ungku omar (puo) kerana menghadiri program interaksi mereka.habis sesi ceramah en arif zainudin kami pun berangkat pulang dalam suasana yg ceria,dgn aku hanyut dlm mimpi ketika dlm perjalanan.
singgah la kami di sebuah kedai makan berhampiran perhentian bas seri iskandar mengenangkan tembolok yg belum diisi makanan ruji sejak tengah hari.makan,merokok,dan bersembang.dan tibalah masa utk pulang.menyambung tugas sbg pelajar ipt.
dua org dr uitm td sudah tentu akan kami hantar pulang.jadi JDA 6777 terus meluncur ke universiti yg terkenal dgn tema "benteng terakhir bangsa Melayu" ini. "masuk,berhenti tepi", satu arahan dlm suara yg kurang jelas kedengaran dr seorang petugas keselamatan wanita berbangsa Melayu.kami masuk,berhenti di tepi dan terpinga-pinga.bingung dgn tindakan sendiri,pemandu JDA6777 masuk gear 1,menekan pedal minyak,dan mencari haluan ke blok 2 org td.
tiba-tiba dtg 2 buah motosikal mengekor rapat kami dr belakang.lantas kami disuruh berhenti.petugas keselamatan rupanya.keluarlah 2 org td dr kereta dan terus dihambur dgn kata2 kesat dari seorang petugas keselamatan yg bagaikan dirasuk dgn nafsu amarah yg membuak-buak.selesai meminta maaf,kami pun beredar.kasihan melihat 2 rakan kami tadi masih berdiri dan dimarahi dgn hebatnya dr petugas keselamatan yg merasakan dirinya begitu hebat dapat memarahi dan menengking 2 org pelajar universiti.
kusangkakan ceritanya habis di situ.rupanya cerita masih berkembang dan menuju ke klimaksnya. di pagar utama ketika mahu keluar,kami ditahan petugas wanita td.dgn gaya yang cukup angkuh dan kasar,kami ditegur,dimarahi.diperlakukan seperti seorang pendatang asing tanpa izin yg menyusup masuk ke negara ini. tiga org di dalam kereta tersebut.si pemandu yg lemah lembut dan baik hati orgnya.si penumpang hadapan, seorang pemimpin yg bijaksana dan berhemah.dan aku,si penumpang belakang yg keras hati dan panas baran.tentu sahaja aku yg cepat panas ini akan melenting dahulu setelah diperlakukan sedemikian rupa.dlm nada yg tinggi,aku menegur petugas tersebut.namun masih kujaga pemilihan kata dan tatabahasa agar tak dituduh sebagai kurang ajar.namun apakan daya,ketinggian nadaku mencerminkan siapa aku.maka bertekaklah kami berdua sambil diperhatikan si pemandu dan si penumpang hadapan.dia dgn tuduhannya yang entah apa-apa,aku dgn kedegilanku mempertahankan diri.darahku menyirap apabila identiti kami dipersoalkan."kalau betul korang student utp,tunjuk kad matrik!"manis dan indah gaya bahasa petugas tersebut."sy rasa tak perlu!mak cik takde kuasa nk tengok kad metrik kami!",balasku dlm nada separa kurang ajar memandangkan kami dilayan dgn kurang ajar juga.melihat keadaan yg tak surut,bersuaralah si penumpang hadapan dengan kalam bermadah penuh hikmah."mmg patut la dia jadi presiden",hatiku berkata mengakui hikmah dan hemah yg ada pada insan sasa ini.akhirnya tamatlah cerita pertengkaran sesama bangsa ini.
ada dua perkara yg berlegar dlm benakku selepas peristiwa ini:
1. kelaku petugas keselamatan bumiputera yg melayan pelawat sedemikian rupa.dgn arahan yg diberi secara sambil lewa dan tidak mesra,teguran yg dilontarkan secara kasar.aku mengaku kesalahan kami kerana tak mendengar arahan.tapi biarlah arahan yg dikeluarkan itu mesra dan berkesan."masuk,berhenti tepi" itu lagi sesuai rasanya jika diganti dgn "sila ambil pas pelawat sebelum encik masuk.terima kasih".lagi senang difahami dan sejuk hati mendengar.
2.sikapku sendiri yg cepat melenting dan panas baran.bila difikarkan balik,mmg byk kali aku terlibat dlm pertengkaran.antara pertengkaran terlibat; dgn nyonya kedai photostat yg x paham bahasa,seorg perempuan yg meletak kenderaannya dan menghalang laluan kenderaanku,petugas keselamatan utp,pegawai kokurikulum utp,quartermaster bilik kokurikulum,lawan dalam perlawanan futsal antara kursus,pengadil perlawanan,dan beberapa watak kecil yg lain.entah bila sikap panas baran aku akan beransur.mungkin ramai yg mengenaliku menganggap aku seorang yg mesra dan mudah bergaul.tapi hakikatnya aku seorang yg keras kepala,cepat marah,dan bernada kasar.jika tidak kerana guru,senarai itu akan menjadi lebih drpd tiga.syukur kerana adanya guru yg mendidik dan membimbing,senarai itu semakin berkurang.tapi kurasakan senarai yg tiga itu harus kubuang segera demi membawa amanat dan amanah guruku yg mulia. kuharapkan sekalian yg membaca plain post ini akan menegurku jika kalian ternampak elemen negatif yg wujud dlm diriku.aku manusia biasa,mataku hanya dua.itu pun bukan diguna untuk melihat diri sendiri.jadi,tegurlah aku.walau siapapun kalian...
betulkah Melayu?
kalau selalu menikus
kalau selalu menyinga
betulkah Melayu?
kalau khianat jadi amalan
kalau bodoh dipijak orang
betulkah Melayu?
kalau malu tak bertempat
kalau tak tahu malu
betulkah Melayu?
kalau bangga jadi orang putih
kalau malu jadi Melayu
betulkah Melayu?
kalau tak ingin maju
kalau tak tahu bersyukur
betulkah Melayu?
kalau tak ingin ke atas
kalau tak tengok ke bawah
betulkah Melayu?
kalau takut mati
kalau cari mati
betulkah Melayu?
kalau angkat kaki
kalau tak mahu angkat tangan
betulkah Melayu?
kalau terlebih pandai
kalau bodoh
betulkah Melayu?



salam...
dlm post2 yg sebelum ni mungkin aku suka gunakan ayat yg pelik2.itu cara aku utk meningkatkan gaya penulisan dlm bahasa ibunda aku,bahasa MELAYU.
tp dlm post kali ni, aku guna ayat biasa saja.sbb aku nak menceritakan perasaan sebenar aku terhadap perkara yg paling manis pernah berlaku dlm hidup aku,selain dr tiga teratas.aku nak cerita tentang abg2 dan kakak2 aku.walaupun pada zahirnya aku dilahirkan tanpa abang dan tanpa kakak.
cerita bermula pabila aku menyertai persatuan ini.PSSCM (PSSCMUTP).pada mulanya aku tak mengenali mereka.hanya ku anggap sbg senior2 biasa.tapi perhubungan ini terus berkembang sehingga ku mengenali mereka sbg saudaraku.mereka pada mulanya kulihat hanya biasa.kulihat perhubungan sesama mereka sbg teman seronok2.tp lama kelamaan kurasakan aku khilaf.aku menjadi pelik.pelik yg teramat pelik.kenapa mereka sanggup melayan sesama mereka lebih drpd mereka melayan diri mereka sendiri?kenapa mereka begitu kerap bersalaman?kenapa sering kulihat mereka bersama?kenapa mereka boleh ceria dalam masalah ketika bersama?kenapa mereka lebih akrab drpd isi dgn kuku?apa yg membuat mereka begitu?aku pelik!aku pelik!tp aku biarkan dulu.ada silibus yg perlu disempurnakan.aku inginkan sekeping sijil yg dikatakan oleh mereka amat berharga.apa harganya?biarlah.tp aku tetap inginkan sijil itu.
dlm perjalanan mencari sijil itulah ia bermula.jawapan-jawapan kepada persoalan sedikit demi sedikit mula datang.dapat satu,aku simpan satu.dapat dua,aku simpan dua.sedikit demi sedikit.rupanya utk dapatkan sijil itu bukan mudah.lebih sukar drpd payah.teman2 yg dahulunya memenuhi segenap penjuru kian menghuni penjuru lain.mujur temanku yg dahulu menghabiskan silibus bersama aku,yg dulunya hanya ku anggap teman ada bersamaku.tapi kini mereka bukan temanku lagi.mereka sahabatku.saudaraku.seguru.kami bersama berpeluh,malah berdarah.melalui peringkat sukar itu rupanya satu kurnia kepada kami.kami berkongsi,kami menasihati,kami memegang satu sama lain.dan yg penting,kami semakin mengenali abg2 dan kakak2 kami yg membawa kami mengenal tiga teratas yg membawa kepada Yang Satu. keakraban berputik.kemesraan bercambah.
menjadi kepala utk satu aktiviti persatuan memeningkan aku.belum pernah kutahu bagaimana utk mematuhi kepala.secara tiba-tiba aku menjadi kepala.ketika silibus sebenarnya aku agak menyepi.membiarkan diri di penjuru hujung.sehingga tamat segala silibus baru ku mengorak langkah menuju ke penjuru mereka.rupanya kepeningan menjadi kepala ada hikmahnya.hari pertama kutanya satu.hari kedua kutanya dua.hari seterusnya,tanpa sedar aku ada di sisi mereka.kuputar kembali masa lalu, kulihat keakraban sesama mereka.ku kembali ke alam nyata, ku nampak diriku dlm keakraban itu.
sedikit demi sedikit aku dan teman mengenal mereka.sedikit demi sedikit persoalan yg ku pendam dulu terjawab.makan bersama,berhibur bersama,bekerja bersama,berkongsi bersama.sehinggakan mereka mampu terkesan masalahku.ajaib!teman sebilikku tak pernah tahu aku ada masalah.tapi mereka tahu.
menyertai persembahan rupanya satu lagi kurnia tuhan untuk kami.tak pernah terlintas dulu utk sama2 menyertai persembahan.abg2ku menarik ke arah itu.mereka berkongsi apa yg mereka pernah berkongsi dulu.bulatan itu membuat aku mendengar cakapan mereka.bulatan itu membuat mereka mendengar cakapan aku.dlm bulatan itu kami berkongsi.kemudian kami bersalam.kemudian kami keluar makan.kemudian kami ketawa.kemudian kami mendengar cerita.
dimarahi?ya!mereka byk kali pernah marah kepada kami.tapi marah itu tak pernah sampai ke hati.marah mereka bukan utk mereka.marah mereka utk kami.emak dan abah tiada di sini utk marahkan aku.mereka yg marahkan aku.mereka ajak kami utk mengingati tiga teratas.
ingin ku sebutkan nama mereka.tapi ku ingat kembali pesan yg mereka sampaikan.mereka bercerita bukan utk mengangkat diri mahupun menjadi contoh.tp mereka sekadar berkongsi.berkongsi apa yg mereka tahu dan faham.biarlah guru yg menjadi contoh hidup kita.
utk adik2 ku yg membaca tulisan ini.hayatilah kisah perhubungan suci murni ini.kajilah apa makna tersurat dan tersirat yg ada dlm ikatan dan jalan ini.maaf kalau aku tak mampu menyampai melalui kata.hanya tulisan yg mampu aku titipkan utk menyatakan rasa di hati.kalaulah tulisan ini memberi sesuatu utk adik2,itu bukan dari aku.itu dari Yang Satu.kalaulah tulisan ini mengeruhkan hati adik2,aku pohon maaf.aku manusia lemah dan bodoh di sisiNya.
Search This Blog
Tentang Saya
- anak melayu
- suka menulis berdasarkan pandangan sendiri. malangnya, agak malas sedikit
Tanya Apa Saja
Mereka Yang Setia
Tentang Mereka
-
Green Screen Anjing1 year ago
-
-
Cara Bikin Best Nine 2016 Instagram9 years ago
-
Matlamat & Kaedah12 years ago
-
Wedding13 years ago
-
-
Ganjil13 years ago
-
My love baby car~13 years ago
-
Ya.13 years ago
-
checklist before raya14 years ago
-
-
mUK~mUK BilE hatI bAhagIa??14 years ago
-
Salam Aidilfitri 1432H :)15 years ago
-
-
Malaysia: Juara Yang Di-boo15 years ago
-
=)15 years ago
-
2 atau 3 dalam 1 semester16 years ago
-
Language is fun16 years ago
-
Puisi Buat Bapa17 years ago
-
SPAGHETTI ku.....17 years ago
-
Introduction17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
