baru-baru ini heboh di UTP apabila sebuah akhbar utama tempatan menyiarkan sebuah artikel yang menjejaskan reputasi serta nama baik institusi ini. akhbar tersebut, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertarikh 10 Oktober 2010 bertajuk "Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto" karangan Noraini Abd. Razak bukan setakat menyatakan kekesalan, malahan dilihat secara sengaja menyerang kredibiliti UTP sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta terkemuka negara.
artikel itu ditulis sebagai membalas tindakan seorang pelajar UTP yang secara sengaja menghantar maklumat palsu untuk ruangan "Salam Perantauan" akhbar terbabit bagi terbitan 21 September 2010. sememangnya gambar yang dihantar itu dirakamkan di UTP, dan bukanlah di Toronto seperti yang dikhabarkan. difahamkan bahawa rakaman gambar tersebut pada asalnya hanya sekadar suka-suka tanpa ada niat untuk dihantar ke ruangan "Salam Perantauan". namun ceritanya mula berubah apabila seorang daripada kumpulan terbabit mengirimkan gambar ini kepada pihak Utusan Malaysia. secara peribadi saya berpendapat tindakan ini adalah salah walau dilihat dari sudut manapun kerana terdapatnya unsur penipuan.
cerita ini semakin mendapat tumpuan apabila ramai penulis blog menjadikannya sebagai bahan liputan di dalam blog-blog mereka. baik yang bersetuju mahupun yang tidak bersetuju, cerita ini terus-menerus disampaikan melalui internet sehinggalah tersebar ke dalam Facebook. kebanyakannya mempersoalkan kredibiliti Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang telus dalam menyampaikan sesuatu berita. dalam menangani situasi ini, pihak Utusan melalui artikel yang saya nyatakan di atas menyatakan bahawa gambar-gambar dalam ruangan "Salam Perantauan" diterbitkan atas dasar kepercayaan. malah adalah hampir mustahil untuk mereka menghubungi setiap institusi yang dinyatakan bagi memastikan kesahihan setiap gambar yang bakal diterbitkan. saya tidak menyebelahi sesiapa dalam hal ini kerana kedua-dua pihak mampu memberikan hujah yang saya kira boleh diterima.
sebagai seorang pelajar UTP, saya berasa agak terpukul dengan artikel saudari Noraini. beliau dengan mudah meletakkan kesalahan tersebut kepada kumpulan pelajar itu. sedangkan yang punya angkara hanya seorang atau dua paling lebih. mungkin saudari Noraini tidak sedar tindakan beliau itu akan memberi suatu salah tanggapan dalam masyarakat. lebih mendukacitakan apabila gambar asal disiarkan bersama artikel balas tersebut. bayangkan apabila pelajar-pelajar yang berada dalam gambar tersebut akan menamatkan pengajian mereka nanti. mereka akan mula mencari pekerjaan dan mengikuti beberapa siri temuduga. bagaimana kalau bakal majikan mereka berjaya mengecam pelajar tersebut? mereka akan berdepan risiko tidak diterima bekerja atas sebab "rekod menipu". sedangkan pada hakikatnya, hampir semua mereka tidak bersalah langsung! tindakan saudari Noraini ini secara langsung merosakkan kredibiliti pelajar-pelajar tersebut serta menimbulkan fitnah dalam masyarakat. sedangkan mereka yang terdapat dalam gambar adalah pelajar-pelajar yang baik dari segi akademik serta sahsiahnya. mungkin atas dasar ingin berseronok, salah seorang daripada mereka telah melanggar etika. hukuman mungkin boleh dikenakan kepada beliau, tetapi saya kira beliau sudah beroleh pengajaran berharga dari apa yang beliau lakukan, dan kemaafan itu sesungguhnya lebih bermakna dari hukuman.
seterusnya saya berasa agak terkilan apabila saudari Noraini seperti seakan mahu menyalahkan pihak UTP secara keseluruhan. habis disebut semua dari ibu bapa sehinggalah pihak penaja. adakah itu suatu tindakan yang perlu? adakah sebenarnya saudari ingin katakan kesalahan pelajar tersebut diwarisi dari pensyarah atau pihak pengurusan UTP? atau adakah sebenarnya saudari cuba menimbulkan sentimen "stereotyping" di sini dengan mengatakan warga UTP adalah penipu belaka? saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang penulisan, namun berdasarkan pembacaan saya terhadap tulisan saudari, saya kira saudari menulis dalam keadaan penuh beremosi. saya tidak berniat untuk mempersoalkan kewibawaan saudari sebagai "orang surat khabar". malah berdasarkan tulisan saudari tersebut, saya begitu kagum dengan usaha saudari serta krew-krew "Salam Perantauan" yang lain kerana begitu komited dalam menjayakan ruangan itu walau tidak dibayar elaun khas. namun begitu gaya penulisan saudari dalam artikel tersebut kelihatan seperti mahu membalas dendam serta menutup kelemahan yang saudari lakukan. sedikit pun saudari tidak memberi kenyataan maaf walaupun saudari sendiri akui telah menyiarkan gambar yang tidak tepat maklumatnya. saya tidak langsung mempunyai pengetahuan dalam bidang penerbitan, namun berdasarkan pemerhatian saya, pihak penerbit biasanya akan memohon maaf jika mereka ada melakukan kesilapan dalam terbitan mereka, walaupun tidak ada pembaca yang perasan akan kesalahan tersebut. namun tidak pada saudari. saudari lebih selesa bercerita kesalahan orang lain berbanding kelemahan saudari sendiri.
saya bukanlah orang yang ada kaitan dengan gambar kontroversi tersebut. sepatutnya saya boleh sahaja untuk tidak menulis entri ini. malah saya mengambil risiko dengan mengkritik seorang yang suaranya boleh didengari di seluruh negara. tetapi inilah dia pelajar UTP. kami telah dididik dengan rasa tanggungjawab. tanggungjawab terhadap teman, tanggungjawab terhadap kebenaran. penerapan modal insan yang saudari katakan itu telah lebih sedekad kami amalkan di sini sejak UTP mula ditubuhkan. integriti itu menjadi pati dalam setiap tindakan yang dilakukan. cuma dalam proses melalui penerapan modal insan itu, pasti ada masanya diuji dengan konflik-konflik yang melibatkan soal etika. kami akui kesilapan di peringkat kami, dan kami telah pun memohon maaf. saudari bila lagi?
p/s: pautan untuk ke entri ini telah diemel ke emel saudari Noraini pada petang 14 Oktober 2010. semoga beliau dapat membaca apa yang saya tuliskan.
20 reaksi:
a very good entry~ :)
steady kord...cantek!!
cayelah... hoho...peewiittt... kamon2..
Tahniah Bro! Bernas! Terutamanya perenggan terakhir..Tahniah sekali lgi! keep up!
@diyana,muhamad,anon-tq vm...feel free to share...
salam. sy cuma orang luar yang tiada kaitan. cuma hendak melahirkan pendapat. dalam tulisan saudari noraini, beliau menyebut tentang sekumpulan pelajar tersebut. bila menyebut ibubapa, pensyarah, dan penaja juga, ditujukan kepada kumpulan terbabit. Kenapa kumpulan, bukan seorang dua pelajar yang terlibat? ini adalah seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Saya merasakan pihak Utusan berhak menyatakan kekesalan mereka. Siapalah yang tidak tersinggung jika keikhlasan mereka membantu pelajar2 luar negara untuk menyampaikan ucapan dibalas dengan penipuan yang memalukan mereka sendiri.
@ Mr. Schomey- ya,saudara betul. mereka berhak utk menyatakan kekesalan dan berasa tersinggung kerana keikhlasan mereka dipermainkan. tetapi mereka tidak pula berhak menyiarkan emosi mereka dalam berita tanpa membuat sebarang usul periksa. dan mereka juga tidak berhak untuk terus melemparkan persepsi terhadap sesuatu kumpulan hanya kerana seorang ahlinya. pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" itu memang tepat dengan situasi ini. namun pepatah itu hanya menyampaikan gambaran, bukan untuk terus dijadikan pegangan. seorang polis yang tertembak seorang awam akan menyebabkan polis2 yang lain dipandang serong. tetapi bersalahkah mereka itu? stereotyping adalah penyakit utama masyarakat dunia...
nice bro
agree with u..
her writing full of emotion..
and people read it also with emotion..ceh..
love UTP..
tak nampak dah gaya penulisan kord..haha style2..
*dah nampak dah gaya penulisan kord...style...trus kan kord...
@hazwanArif-tq
@aminBaek- tidak salah untuk menulis secara beremosi. tetapi biarlah kena pada tempatnya. surat khabar bukanlah tempat terbaik.
@sahabat handai- terima kasih
Mr. Schomey,buat pengetahuan anda,utusan sudah lama sering tertipu dengan salam perantauan yang dibuat pada thn2 sebelum ini tp knp baru sekarang nk menyatakan rasa kekesalan pula?Adakah pihak utusan ini buat kerja tanpa meneliti asal usul dari mana surat or keratan gambar tu dihantar?Knp sebelum ni dah ade pelajar unversiti and budak sekolah menengah menghantar gambar untuk salam perantauan sedangkan masing2 berada di Malaysia tapi pihak utusan xpernah nk meneliti kesahihan tersebut?Knp bila sampainya waktu pelajar UTP membuat silap,pihak utusan bersemangat untuk mengambil kes,are you have problem with UTP?Janganlah kesalahan UTP je dilihat and kesalahan pihak lain diabaikan.Janganlah jd buta,bukalah mata luas2.Allah bg sumua nikmat itu digunakan kearahan kebenaran bukan kearah kesesatan.
Sy admit yg pelajar UTP pun ada salahnya tp xperlulah nk melahirkan rasa kekesalan sampai nk siarkan dlm akhbar kerana anda sebagai yg menyiarkan pun bersalah kerana:
1)Tidak memeriksa detail mengenai rencana yg diterima.
2)Anda dibayar gaji u membuat kerja memberi or menyiarkan information dlm utusan,buatlah dengan penuh rasa tanggungjawab.Elaklah dari memakan benda2 haram kerana ketidak sempurnaan tanggungjawab.Ingat darah daging haram dtg dr duit yg haram.
3)Saudari mempunyai logik akal yg waras.Saudari boleh meramalkan ape yg akn berlaku sekirannya saudari membuka ruangan utk salam perantauan seperti penipuan and mainan dari pelajar2 terutamanya krn setiap benda akn ade baik n buruknye.Fikirlah kerana saudari dh cukup matang sebagai penulis.
Harap maaf klu terkasar bahasa or tersinggung mana2 pihak.
Wassalam.......................
tu la org kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
rasanya utusan mmg tau ada yg akan tipu, tapi sbb ada sorg penulis blog gi exposed penipuan tu, maka kantoi la secara besar-besaran.
hye. seperti anon cakap, sebab ada blog2 yang memaparkan penipuan ni, dan ada juga yang komen memerli2 utusan. Dah la ditipu, dikutuk2 pula, manakan pengarang terbabit tak marah?
Pendapat saya, pihak utusan tiadalah berkira sangat bila ditipu, tetapi bila disertakan dengan komen2 yang mengutuk dan menyerang kredibiliti mereka, mereka bertindak.
Saudari Noraini sudah menyatakan dalam artikel kenapa pemeriksaan tidak dijalankan keatas permohonan salam perantauan. Takkan nak call satu2 universiti luar negara tu? Saya bukan nak backup utusan ye. Harap maklum.
@anon 7.58- saya kira bidang penyiaran dan penerbitan memang akan terdedah dengan segala macam bentuk penyelewengan maklumat. sangat besar kemungkinan untuk maklumat2 yang tidak benar itu diterbitkan kepada umum. namun sikap pihak penerbit dalam menangani isu ini haruslah tertib dan profesional. bukan dipengaruhi faktor emosi dan "assumption"
@guest- benarlah seperti dikata. tetapi saya kira penulis2 blog mempunyai kebebasan untuk mencari liputan blog mereka.
@Mr. Schomey- tindakan menipu, memerli, dan mengutuk Utusan itu adalah tindakan yang sangat tidak wajar pada pandangan saya. segala macam tindakan yang tidak profesional tersebut pasti akan membenihkan emosi negatif kepada setiap manusia. namun sebagai sebuah akhbar yang profesional, saya kira tidak patut pihak Utusan untuk melayan dengan sikap tidak profesional juga.
p/s:harap kita semua juga jangan dipengaruhi emosi dalam memberikan komen. anda bebas menyuarakan apa jua pendapat dan berbahas. tapi biarlah sebagai orang dewasa =)
Mr Schomey: "Takkan nak call satu2 universiti luar negara tu?"-Make it easy,klu lah kita memahami maksud tanggungjawab,maka ucapan diatas tdk akn dilontarkan.
"komen2 yang mengutuk dan menyerang kredibiliti mereka"-Sy minta saudara Mr Schomey u membuat imbauan and kajian ttg kredibiliti utusan dr sejak dia ditubuhkan sehingga skrg supaya saudara memahami maksud sebenarnya.
Anak Melayu:Sy bersetuju dgn menangani secara tertib dan profesional.So,tdk akn ada problem yg mcm skrg ni.
sedikit sebanyak menyerlahkan dimana kreadibili dan profasionalisma wartawan utusan.
pelajar, stendard la liar-liar sikit. tensen tu ngadap buku je..
ahaks.. lambat komen.
surat peribadi noraini tu adalah sbg cara beliau meluahkan rasa tak pueh hatinya setelah ramai blog dok hentam geng akhbar UTUSAN.. dah baca pun artikel tersebut.. UTP sedikit pun tak akan terkesan dgn aritikel sebegitu rupa... jika kena btg idung sendiri, sure kita akan melenting.. org yg bijak akan berfikir akan keperluan utk BERBAHAS menda kecik ni... setakat kucing mengiau gunung, takan bergeraknya gunug tu..
bg pelajar yg terlibat pulak, depa hanya buat prank jokes. niat depa utk menyampaikan SALAM HARI RAYA dgn amat kreatif tp tak seberapa briliant (sbb dah terkanthoi, kalo tak still briliant lagik).. itu shj.. bkn nk aibkan sapa2 pun...
jadik, rileks2 suda.. banyak isu yg BESAR d luar sana lagik... :)
Post a Comment