diriku peribadi

...kisah aku dalam melayani aksi kehidupan...

pernah suatu ketika, apabila saya sedang makan-makan bersama beberapa orang kawan di sebuah kafe, kami dikejutkan dengan satu peristiwa yang menyayat hati. seekor anak kucing yang masih kecil terjatuh dari atap kafe terhempas ke lantai. ia menguit-nguit seketika dan akhirnya mati di situ juga. lehernya patah. tidak berapa lama kemudian, datang ibu kucing tersebut, lalu membawa anaknya yang telah mati itu ke tempat asal mereka, di samping adik-beradik yang lain. apa yang terjadi selepas itu tak dapat saya pastikan.



gambar hiasan

saya mungkin tak memahami bahasa haiwan, tapi saya rasa saya faham naluri ibu kucing itu. ia tak akan datang untuk mengambil bangkai anaknya jika ia tak punya perasaan kasih sayang. ibu kucing itu mungkin tidak menangisi kematian anaknya, tapi saya yakin ia sedih atas kehilangan anaknya. ibu kucing itu mungkin tak punya akal, tapi saya yakin ibu kucing itu punya naluri kasih sayang. ibu kucing itu mungkin seekor haiwan, tapi sifat kasih sayangnya memberi tauladan kepada kita manusia yang punya akal.

tapi rupa-rupanya masih ada manusia sekarang yang lebih rela menjadi pembunuh. jangan terkejut kalau setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita kes pembuangan bayi. tambah menyedihkan apabila insan-insan suci ini dilayan lebih teruk dari binatang. sampaikah hati kita melihat wajah-wajah tak berdosa ini dilonggokkan bersama dengan sampah-sarap? sampaikah hati kita melihat mayat mereka mereput dan lunyai dimakan ulat? sampaikah hati kita mendengar tangisan mereka yang sudah tak bersuara? mengapa sebegitu rupa layanan yang mereka terima? adakah nyawa mereka sudah tak ada nilainya sehingga diperlakukan begitu?

sejahat-jahat Yahudi, mereka cuma membunuh anak-anak orang Palestin. mereka tidak membunuh anak sendiri. tapi kenapa orang Melayu kita yang beragama Islam sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini? rata-rata bayi bernasib malang yang ditemui pasti berketurunan Melayu. jarang dari keturunan lain? kenapa? menurut pensyarah saya, di Ipoh sahaja sekurang-kurangnya dua kes bayi yang didaftarkan tanpa ibu bapa berlaku setiap hari. itu di Ipoh sahaja! kalau di seluruh Perak? 1Malaysia? itu sehari. kalau seminggu? sebulan? setahun?

Malaysia semakin menuju kemajuan. majukah?



"we are no different"

9 reaksi:

Dear Jim said...

yang nak baby tak dapat baby yang dah dapat baby biarkan mati atau pastikan mati...sedehnya:(

eVy-D-YaNa said...

sedih..manusia smkin hilang pedoman...

anak melayu said...

miss fairlady n evy- org camtu elok kite yg sumbat die dlm tong sampah..baru die rase..

jati melayu sejati said...

kes ni bkn kes baru,tapi apa yng berlaku adalah refleksi drpd sifat masyarakat kite yng sdh hlg pnduan hidup..

renung2kn,dan selamat beramal~~

didie said...

ntohnye..igt senang ke nk dpt ank???
dr semulia2 ciptaan, jadi serupa haiwan kalau x reti nk gunakan akal yg dikurniakan..

**mntk dijauhkan perkara sedemikian keatas diri, keluarga & sahabat sa udara..

anak melayu said...

nuri n didie- insya Allah..

Nash said...

zaman bercinta, suka...
bila kes camni berlaku, ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit.
ibarat pakwe makwe gaduh, bayi tak berdosa dibuang bgitu saja..
nauzubillah...~

anak melayu said...

gajah pon tau syg anak, nash...

Pert Doherty said...

slamatkan bayi anda..

huu.. sama topik ni.. haha.. tp gua punya lebih kepada teknologisme.. haha

Kemajuan tu sebenarnya apa?